DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, February 23, 2012

ISRAEL: UMNO MAHU LAGAKAN PAS DAN ANWAR


Para pemimpin Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin PAS dan PKR dalam isu Israel kerana Umno juga menerima penyelesaian dua negeri Israel dan Palestin sebagaimana yang diterima PKR.

Bahkan, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin.

Setiausaha Agu
ng PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

"Inilah yang ditakuti sebenarnya oleh Umno iaitu kekuatan ikatan antara p
arti-parti dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi, kata Mustafa, menjadi dasar negara Malaysia yang ditunjangi Umno mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka.

Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC.

"Sebab itu sejak dahulu lagi Malaysia membenarkan pasukan hoki Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia.

"Bahkan, menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan menteri Israel," kata Mustafa .

Oleh itu, apabila para pemimpin Umno menekan Datuk Seri Anwar dalam isu Israel ia sepatutnya tidak berbangkit langsung.

Ini kerana, Umno melalui kerajaan Malaysia sejak dahulu mengiktiraf Israel.

"Yang berbezanya, PAS tidak mengiktiraf Israel.

"Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal adalah untuk memecahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Jadi jangan haraplah. Lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Para pemimpin Umno termasuk Datuk Puad Zarkashi meminta Majlis Syura Ulamak PAS memanggil Anwar agar menjelaskan pendiriannya tentang Israel.

Dalam masa yang sama, Perlabuhan Klang dilaporkan membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh di situ.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin pula mengesahkan Umno tidak bekerjasama dengan Israel dalam hubungan politik tetapi menerima hubungan dagang antara syarikat Malaysia dan Israel.

Sikap yang sama juga dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini bermakna, Umno mengiktiraf kewujudan Israel yang sejak dari dahulu lagi ditolak oleh PAS.

Sumber : Harakahdaily


WAHAI RAKYAT MALAYSIA! LIHATLAH BETAPA HUDUH DAN JAHATNYA PERANGAI KERAJAAN MALAYSIA-KATA ORANG, TETAPI KITA YANG LEBIH MENGAGUNGKAN DAN MENGIKTIRAF ISRAEL









No comments: