Oleh Leslie Lau
Editor Eksekutif
February 19, 2012
ANALISIS, 19 Feb — Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Dan jawapannya mungkin tiada.
Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: “Saya rasa apa yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).” Tetapi tidak mungkin Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum pilihan raya umum diadakan.
Lim dan Dr Chua berdebat dengan disiarkan secara langsung mengenai isu-isu berbangkit yang sering dipersoalkan sebelum ini.
Dr Chua, dalam hujahnya berkata DAP merupakan “alat” kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menyifatkan Lim sebagai seorang pemimpin muda yang sombong.
Sementara Lim mensasarkan kepada Umno dan skandal rasuah yang menjadi kekuatan Pakatan Rakyat.
Tetapi rakyat Malaysia — terutamanya pengundi minoriti Cina yang memahami pendebatan dalam bahasa ibunda kaum itu — menentukan siapa yang akan mereka undi selepas menyaksikan pendebatan itu semalam?
Persoalan ini berbangkit kerana peluang adalah apa yang sentiasa berada dalam fikiran pengundi.
Namun ia bergantung kepada pilihan mereka, debat semalam akan mengukuhkan lagi pandangan mereka terhadap tawaran yang diberikan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
Jika melihat dari sudut itu, DAP mungkin memperoleh kelebihan paling banyak dari debat semalam.
Bagaimanapun Dr Chua melakukan yang terbaik daripada jangkaan, Lim menggunakan platform debat itu untuk menyampaikan mesej tentang mengapa pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihan raya umum 2008 dan akan terus berbuat demikian.
Antara isu yang memberi kelebihan kepada Lim adalah mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Dr Chua pula mendapat kredit kerana mengutarakan hujah bahawa sokongan terhadap DAP akan membuka pintu kepada PAS untuk laksanakan dasar Islam.
Tetapi anggota strategi MCA perlu bertanya kepada diri sendiri jika isu itu benar-benar menarik sokongan pengundi Cina.
Kegusaran yang berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu adalah mengenai kontroversi bangsa dan agama yang menjadi dasar Umno dan BN.
Dan ramai di kalangan pemimpin MCA secara peribadi mengakui pengundi Cina tidak senang dengan Umno bukan PAS.
Umno, kerana dilihat sebagai sebuah parti yang memegang kuasa dan disebabkan skandal-skandal yang berlaku menarik tumpuan bukan sahaja komuniti Cina tetapi semua rakyat Malaysia.
Jadi pendebatan semalam penting kumpulan penyokong dari DAP dan PAS, ditambah dengan nilai hiburan yang turut disaksikan pemerhati politik.
Sebaik sahaja debat itu berakhir, wakil dari DAP dan MCA dengan pantas membuka laman sosial Twitter dan Facebook, menggunakan Blackberries, iPhones dan Androids untuk melihat siapa yang menang.
Malangnya, ia tidak relevan untuk memenangi pendebatan itu jika terdapat cara lain untuk melihat siapa yang lebih baik.
Akhirnya, persoalan sebenar bagi rakyat Malaysia — dan bukan hanya komuniti Cina — akan hadapi apabila tiba pilihan raya umum ke-13 sama ada mereka lebih bijak berbanding pilihan raya umum 2008.
Namun pendebatan semalam tidak relevan untuk menjawab persoalan itu.
Sumber : themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment