DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 10, 2012

AZMAN ARIFFIN: USAH TERLALU YAKIN DENGAN UNDI CINA

SEKILAS PANDANG, tidak salah rasanya jika menyatakan yang undi kaum Cina hampir 100% berada di tangan PR. Namun, ini tidak bermakna yang PR harus terlalu yakin kerana kaum Cina adalah kaum yang penuh muslihat dan strategi. Tiada siapa yang harus meletakkan 100% kepercayaan kepada kaum ini kerana mereka sememangnya sukar bersikap ikhlas selain sesama klan dan bangsa sendiri.

Kesetiaan mereka hanyalah pada mana-mana pihak yang mampu memberi mereka keuntungan dan kelebihan. Oleh itu pada bila-bila masa, mereka boleh berpaling dari PR dan kembali menyokong BN.

Jika dilihat dari segi trend sokongan dalam PRU, kaum Cina berdiri teguh di belakang BN pada PRU 1999 kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan. Pembangkang pada ketika itu bergantung penuh kepada sentimen Melayu yang rata-ratanya simpati dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tidak keterlaluan dikatakan BN menang kerana undi Cina.

Pada 2004, BN menang besar yang mana sekali gus menunjukkan yang undi Cina tetap kepada BN dan undi Melayu juga sebahagian besarnya telah kembali kepada BN. Faktor peralihan kuasa dikatakan memainkan peranan penting.

Namun, kemudiannya, faktor hilang keyakinan terhadap Pak Lah dan kebencian terhadap Khairy Jamaluddin melonjakkan sokongan terhadap PR dalam PRU 2008. Lonjakan ini berlaku kerana peralihan undi yang besar dari kaum Cina dari BN kepada pembangkang, di samping juga protes dari kaum Melayu terhadap UMNO.

Inilah yang perlu dianalisa dengan sebaiknya oleh PR kerana antara ketidakpuasan hati rakyat terhadap Pak Lah ketika itu ialah kerana sikapnya yang terlalu tunduk kepada kaum minoriti – yakni, Cina dan India. Ini kerana Pak Lah diketahui mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina dan membuka peluang lebih luas kepada mereka dalam syarikat milik kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sungguhpun demikian, Pak Lah tetap ditolak oleh kaum Cina atas alasan lemah dan tidak mampu menjana ekonomi dengan berkesan.

Dalam pilihanraya Sarawak yang lalu, kita melihatkan kaum Cina memberi sokongan padu kepada PR atas faktor Ketua Menteri dan ditambah dengan isu sensitif seperti injil dalam bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah dalam kitab agama lain.

Namun begitu, kaum Cina di pedalaman dilihat masih berpihak kepada BN.

Apa yang pasti, kaum Cina boleh mengubah undi mereka pada bila-bila masa berdasarkan ‘arahan’ dari atas.

Apa yang perlu diberi perhatian ialah, strategi DAP meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu bagi menggantikan calon PAS juga dilihat mungkin akan memakan diri. Tindakan ini dikhuatiri akan menggugat kepercayaan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat sebagai alternatif terbaik bagi BN.

Kita sedia maklum bahawa undi kaum Cina adalah penting, dan usaha YB Nurul Izzah untuk terus menarik hati kaum mereka dengan menyokong dan membantu usaha mempertahankan monopoli perniagaan kaum Cina amat kita fahami. Namun begitu, Nurul Izzah harus ingat bahawa dengan memberi segala-galanya kepada kaum ini bukanlah jaminan yang mereka akan setia bersama kita.

PR perlukan sekurang-kurangnya 70% undi Cina untuk menang pilihanraya di saat sokongan Melayu dilihat semakin meruncing. Dengan isu Hasan Ali dan kini, Israel, di campur tolak pengundi atas pagar dan yang berubah haluan, dianggarkan undi Melayu di pihak kita hanyalah lebih kurang 30%.

Di saat-saat genting begini, tidak salah sekiranya PR mengkaji semula strategi kita. Usah terlalu berharap kepada undi Cina. Usah terlalu fokus kepada menghentam BN, tetapi PR harus terlebih dahulu mendapatkan kepercayaan keseluruhan rakyat dengan membuktikan ketelusan dalam tindakan.

Cakap-cakap kedai kopi kedengaran berbunyi, sedang kes NFC sudah disiasat, Khir Toyo sudah mendapat balasan tetapi kes-kes yang melibatkan pemimpin PR masih dikunci rapat. Sedang UMNO/BN tidak menutup pekung mereka dari pengetahuan rakyat, PR pula masih menafi dan cuba menutup semua salah laku pemimpin sendiri dan langsung tidak mengambil tindakan walaupun terdapat aduan dan laporan dari ahli-ahli parti.

Jika PR mampu memperlihatkan ketelusan dengan mengakui kesilapan dan mengambil tindakan terhadap salahlaku pemimpin, kita yakin rakyat dari semua kaum akan berada 100% di belakang kita. Terimalah hakikat bahawa PR memerlukan rombakan strategi secara menyeluruh dan mendalam jika benar-benar serius ingin memenangi PRU akan datang.

Sumber : DI SINI

No comments: