Bodoh! Video seks Anwar yang kedua kantoi juga!
VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.
Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.
Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.
Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].
Malangnya, belum sempat video jijik itu didedahkan, kebodohan video tersebut awal-awal lagi sudah terbongkar. Ini kerana pada 13 Jan 2011 Anwar berada di Ibu Pejabat Parti Islam se Malaysia, PAS.
Lihat laporan berita di bawah. Laporan bertarikh 13 Jan 2011, wartawan melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.
Lihat juga kenyataan "dekat sini, hari ini". Ini bermakna wartawan tersebut berada di tempat kejadian mendengar kenyataan Anwar pada tarikh tersebut [Harakahdaily].
Teringat kes liwat 1998, pada tarikh Anwar didakwa meliwat Azizan, hotel tempat Azizan diliwat itu belum lagi wujud kah kah kah bodoh betul!
ReJaM© "Masih menunggu video seks Anwar meliwat kambeng dan merogol pokok kaktus dan merogol lembu NFC Shahrizat Sdn Bhd "
Sumber : MiloSuam
No comments:
Post a Comment