DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 7, 2012

SELURUH RAKYAT YANG CINTAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN BERDOA SIANG MALAM AGAR REGIM NAJIB DIPERCEPATKAN AJALNYA OLEH ALLAH SWT

Perjuangan untuk rakyat lebih penting - Datuk Seri Anwar Ibrahim

SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.

Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.

“Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.

Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain bersedia di segi mental dan fizikal.

BOLEHKAH NAJIB KUMPULKAN ORANG BERJUMLAH PULUHAN RIBU TANPA KERAHAN, TANPA UGUTAN-ANCAMAN, TANPA MAKAN PERCUMA, PENGANGKUTAN PERCUMA DAN TANPA WANG SAKU SEMACAM ANWAR BUAT NI-JAWAPANNYA NAHI..NAHI








NAJIB DAN REJIMNYA HAMPIR NAK MAMPUS DAH! DARI SEKARANG AJAR NAJIB CUKUP-CUKUP DALAM PRU KE-13 NANTI , JANGAN BIARKAN DIA LAKUKAN RASUAH POLITIK DAN MENYALAHGUNAAN KUASA SEPERTI SELAKU UMNO DAN DIA AMALKAN KUBURKAN UMNO! INSYA ALLAH.

Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.

“Kita mesti teruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau keputusan mahkamah,” katanya.

Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.

Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan perjuangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara mereka tetapi beliau menolak.

“Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya.

Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi.

Sumber : DI SINI

No comments: