DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, January 24, 2012

ROSMAH BERBOHONG LAGI?

Rosmah dakwa jadi mangsa sudah dijangka

"Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".

Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.

Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.

Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".

Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Senan itu.

Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?

"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.

"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.

"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.

"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.

Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sumber : Harakahdaily

Ulasan:



Kita tenguklah nanti adakah Najib akan ambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) yang melaporkan isterinya itu berbelanja sakan sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Atau adakah pihak akhbar itu sendiri akan memohon maaf seperti yang dilakukan oleh sebuah akhbar Australia lalu iaitu The West Australian.

Sekiranya kedua-dua insiden ini tidak berlaku, maka SAHLAH Rosmah Mansor terlibat dalam perbelanjaan besar seperti yang didakwa oleh akhbar itu. Siri manipulasi fakta, pembohongan dan penipuan seperti ini bukan sekali ini saja dua laki-bini ini lakukan, malah rakyat sudah lali dengan gelagat mereka berdua yang merembat duit rakyat untuk kepentingan keluarga (hanya media massa di Negara ini saja mendiamkan diri melihat kemungkaran ini berlaku di hadapan mereka kerana mereka bekerja menjaga TUHAN mereka seperti FIRAUN).

Dua laki-bini ini sering berbohong (dibantu oleh agensi-agensi kerajaan tertentu menutup kemungkaran ini) ke pengetahuan rakyat contoh seperti lawatan rasmi mereka ke luar negara dengan menggunakan dana awam, sambil melakukan lawatan rasmi mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan keluarga. Dulu semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat, dua laki-bini ini mengambil kesempatan menghadiri majlis konvokesyen anaknya yang menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington.

Begitu juga lawatan rasmi ke Kazakhstan, dua laki-bini ini sambil melawat juga mengambil kesempatan merisik perkahwinan anak perempuannya dengan anak lelaki Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev. Malah, pada cuti hari kemerdekaan dan cuti hari raya aidil fitri tahun lalu, dua laki-bini ini terbang senyap-senyap bercuti ke Australia, tetapi akhirnya tembelang mereka terpecah jua. Jadi, bolehkah rakyat percaya pada karektor dua laki-bini ini?

Untuk itu di rayu seluruh rakyat jangan percaya gelagat dua laki-bini ini-mereka adalah pembohong besar sudah pun dibuktikan dengan jelas, tetapi kerana mereka pegang kuasa, maka segala kemungkaran dan pembohongan mereka boleh ditutup rapat-rapat (seolah-olah dua ekur manusia ini suci bersih diturunkan dari langit), malah boleh pula menyalahkan orang lain yang lebih baik moralnya dari dua ekur manusia ini.

Artikel yang ditulis oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat adalah tepat. Memhempap ke muka dua laki-bini ini. Ibrahim menulis “ Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik.Terbaru tambah Ibrahim, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tiba-tiba menunjukkan “kebaikan” dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini dan seterusnya bacalah di SINI!

Semoga Allah swt membinasakan dua ekur manusia durjana ini.Amin!

No comments: