DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 28, 2012

PROF. KANGKUNG- SENJATA BARU UMNO?

Oleh : Nawawi Mohamad

Keadaan semakin bertambah buruk bagi UMNO, ia nampaknya sudah merebak ke hampir semua aspek. Bukan sahaja askar siber berbayar mereka telah memburukkan keadaan dengan ulasan-ulasan mereka yang lucah dan mentah malah lebih berbahaya lagi adalah siswazah lepasan Oxford Ketua Pemuda – Khairy Jamaluddin yang ada kalanya menampakkan kecenderungan yang mengelirukan. Ketua Perkasa, Ibrahim Ali juga amat mengecewakan, bukan sahaja UMNO tetapi seluruh masyarakat Melayu yang memberi gambaran bahawa orang Melayu dilahirkan tanpa otak.

Oleh itu, tidak hairanlah jika UMNO begitu terdesak sehingga memaksa ahli-ahli akademik untuk memberi sokongan ‘intelektual’ kepada mereka. Sudah tentu, ahli akademik arif akan apa yang benar, tetapi demi kepentingan politik yang mendesak sebelum PRU ke-13, ‘analisis’ yang disasarkan adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang.

Menjerat diri sendiri

Malangnya disebabkan oleh kesilapan UMNO sendiri kerana gagal memberi kenaikan pangkat berdasarkan merit tetapi berdasarkan cara ahli-ahli akademik ‘menggilap’ kepimpinan parti, institusi pengajian tinggi negara hanya berjaya menghasilkan kumpulan “Profesor Kangkong” atau ulama gred rendah. Ini telah menjerat diri mereka sendiri!

Sekarang, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Muhammad Afifi Abdul Razak telah dituduh menjadi profesor kangkong ‘. Jelas sekali, beliau merupakan salah seorang kumpulan ahli akademik yang sedang berkembang itu. Baru-baru ini, beliau menulis di dalam Utusan, akhabar suara UMNO, bahawa yang Revolusi Arab dan perhimpunan Bersih pada 9 Julai serta Reformasi di Malaysia didalangi oleh kuasa-kuasa asing yang bertekad untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan tertentu di Asia , sam ada dengan kekerasan atau paksa.

Tetapi Afifi pandai bermain kata, hujah beliau juga menyebut bahawa UMNO-BN sendiri adalah kerajaan yang tidak sah kerana ia memenangi setiap pilihan raya dengan menipu. Jadi, bagaimana boleh UMNO-BN mendakwa diri mereka sebagai sebuah kerajaan yang sah dan mengharapkan hak mereka apabila pemimpin-pemimpinnya layak dipenjarakan kerana menipu rakyat?

Tidak mengambil kira fakta

Sebagai seorang saintis politik, Afifi mesti tahu itu perbuatan menipu keputusan pilihanraya dan politik wang, terutama sekali apabila ia cukup jelas bahawa UMNO telah melakukan segala macam perkara di untuk menang pada pilihan raya. Jika ini bukan menipu, mungkin Prof Muhammad Afifi boleh menerangkan apa sebenarnya erti semua itu. Kita tahu bahawa pihak polis memihak kerajaan dan badan kehakiman kita telah kehilangan integriti. Dalam keadaan seperti ini, apakah yang patut rakyat yang tidak puas hati buat apabila suara-suara mereka tidak didengar dan maklum balas mereka tidak diambil kira?

Sudah tentu tidak! Ini adalah masalah utama kerajaan BN yang maha tahu dan mahu yang terbaik sahaja. Terus terang, ia tidak akan mahu ambil tahu. Ia sentiasa mengharapkan namanya sebagai jenama yang telah diguna pakai sejak beberapa dekad lalu dan menakut-nakutkan rakyat untuk memenangi pilihanraya tahun demi tahun. Tetapi tahun 2008 merupakan satu titik keramat apabila sokongan rakyat jelas mula berpaling ke arah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, UMNO masih terlalu sibuk dengan perbalahan dalaman dan agenda sendiri, manakala Najib asyik dengan perunding imejnya dan Rosmah Mansor pula masih sibuk berbelanja besar disana-sini. Ya, nama ‘jenama’ BN telah bertukar menjadi sesuatu yang kurang disenangi. Sebagai contoh, pembongkaran klip video Lingam membuktikan bahawa hakim-hakim Malaysia boleh dibeli. Malah bekas Ketua Polis juga bertindak seperti samseng dengan menumbuk mata Anwar hingga lebam!

Adakah contoh-contoh ini tidak cukup untuk membuktikan bahawa badan kehakiman telah kehilangan integriti? Sebagai seorang profesor, Afifi mesti lebih arif dalam penjelasannya, barulah layak bergelar “Profesor” . Jika tidak, dia Cuma layak sebagai ‘Professor Kangkong ” sahaja.

Pencuri seperti Tunisia

Revolusi Arab bermula di Tunisia apabila seorang lelaki muda yang cuba untuk mendapatkan makan dengan menjual buah-buahan di tepi jalan telah diganggu oleh pihak berkuasa dan tidak dibenarkan untuk menjual buah-buahan di tempatnya lagi. Orang ini tidak melakukan apa-apa jenayah, beliau hanya cuba untuk menyara hidup. Jadi apakah kesalahannya? Kecewa, dia membakar dirinya lalu mati! Prof Afifi tidak faham akan kekecewaan orang miskin. Dia cuba sedaya upaya untuk mencari sesuap nasi, manakala Presiden Tunisia Ben Ali dan isterinya hidup hidup mewah dan sentiasa dilindungi, walaupun merompak dari rakyat Tunisia, terutama golongan miskin.

Tidakkah UMNO-BN telah merompak hasil di Malaysia popular sebagai kerajaan perompak sejak tahun 1956? Prof Afifi mesti tahu sejarah bukan? Sejarah yang sebenar dan bukan Hikayat Hang Tuah. Jelaskan, siapa yang salah? Rakyat atau UMNO-BN? Terima kasih kepada Integriti Kewangan Global yang berpusat di New York kerana melaporkan sebanyak RM888 bilion telah disalurkan sebagai wang haram dari negara ini sejak tahun 2000, kita semua sudah tahu berapa banyak yang telah dicuri dari ekonomi kita sebenarnya. Nah, jika Prof Afifi tidak tahu tentang ini, betullah dia cuma ” Prof Kangkong” sahaja.

Tanyalah Marina atau Makcik Bersih

Sekarang, siapa yang melakukan keganasan di perhimpunan Bersih baru-baru ini? Yang menembak gas pemedih mata ke Hospital Tung Shin? Siapakah yang membawa senjata? Siapakah yang memiliki meriam air? Tiada seorang pun daripada mereka yang terlibat dalam perarakan secara aman membawa apa-apa senjata sama sekali, kecuali telefon kamera dan botol air mineral! Bagaimana penyokong Bersih yang berarak dengan tujuan menjatuhkan kerajaan, bersenjatakan botol air semata-mata, kain pembalut kepala dan telefon bimbit?

Tambahan pula, mereka yang menghadiri perarakan datang atas kehendak sendiri, menggunakan duit mereka sendiri, sama ada makanan, pengangkutan atau perbelanjaan penginapan. Marina Mahathir, anak perempuan bekas diktator Mahathir Mohamad, turut menyertai perarakan. Prof Afifi tidak perlu malu jika dia tersilap, dia harus bertanya kepadanya siapa yang membayarnya untuk pergi dan tidak lupa juga pada makcik BERSIH!

Bagaimana dengan Perkasa dan Pekida? Bukankah didalangi UMNO?

Prof Afifi juga menerangkan bahawa Malaysia perlu memberi berjaga-jaga dengan kuasa-kuasa asing yang ‘misteri’ dan ‘ghaib’ ini untuk mengelakkan huru-hara. Hakikatnya, UMNO-BN lah yang secara terbuka mewujudkan huru-hara di Malaysia. Amalan rasuah dan salah urus dana di seluruh negara, dalam setiap aspek ekonomi, sosial, kaum, agama, politik, undang-undang dan ketenteraman, pendidikan, penjagaan kesihatan telah mengakibatkan Malaysia dalam kancah hutang mencecah RM445 bilion setakat ini. Ini bukan anarki sahaja tetapi pengkhianatan dan malapetaka. Dan apa yang lebih teruk adalah ia menjadikan rakyat sungguh jelik dan resah!

Malaysia, dan UUM begitu malang kerana mempunyai “Profesor Kangkong” ini. Kepada kebanyakan pembaca, beliau hanya bercakap kosong sahaja, walaupun ia tidak seperti najis yang keluar dari mulut Ibrahim Ali.

Rakyat Malaysia tidak patut diajar oleh ahli akademik seperti ini. Tetapi sekali lagi, UMNO yang masih dihantui oleh kesalahan lalu tidak mempunyai pilihan lain kecuali “Profesor Kangkong” untuk mempertahankan semula salah laku itu.

Sumber : DI SINI

No comments: