DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, January 4, 2012

KEBODOHAN NAJIB: ‘DATUK FIX-IT’ DIJADIKAN KAMBING HITAM KELUARGA SHARIZAT

Mendakwa Shamsubahrin Ismail juga dikenali sebagai ‘Datuk Fix-it’ dengan menipu Salleh Ismail, bos NFC yang juga suami kepada menteri Sharizat Jalil adalah penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia.

Terutama sekali jumlah yuran konsultasi Shamsuharin yang mencapai RM 1.76 juta berbanding RM250 juta kemudahan kredit dari kerajaan yang telah diberikan kepada Salleh dan anak-anaknya yang telah diselewengkan.

Yang sebenarnya menjadi isu adalah kegagalan projek lembu NFC yang telah mencetuskan kemarahan rakyat dan meminta siasatan sepenuhnya dijalankan. Sharizat bukanlah menteri yang menyerlah dan mempunyai personality yang akan meragukan untuk dibiarkan begitu sahaja. Sharizat sepatutnya lebih arif tetapi dia tidak belajar dari kesilapan atau sememangnya dia sudah tidak ada jalan keluar selain dari meletak jawatan yang nampaknya bukanlah sesuatu yang mahu dilakukan.

Salleh dan seluruh keluarganya, termasuk mereka yang memberi projek itu kepada mereka telah didakwa korupsi di tahap tinggi dan bukan orang yang telah menipunya. Ini merupakan kes tersalah ambil tindakan keatas orang.

Tidak hairanlah apabila nampaknya si Shamsubahrin tersenyum ke stesen polis, kemudian ke mahkamah dimana rakyat Malaysia akan menyaksikan dirinya dipenjarakan buat masa yang singkat. Akhirnya, dia akan menuntut haknya di bank nanti setelah selesai semuanya.

Najib, sebahagian daripada konspirasi untuk mengalihkan perhatian

Bagaimana Perdana Menteri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO boleh menganggap rakyat itu bodoh? Nyanyukkah dia? Mungkin juga ya, kerana telah menghadapi pelbagai tekanan dari dalam dan luar UMNO. Tapi, ini masih bukanlah alasannya untuk tidak memberi arahan yang betul kepada pihak SPRM dan juga polis.

Jawapan yang paling logik bagi sandiwara ini ialah untuk memberi Sharizat lembaran baru kerana skandal NFC adalah sesuatu yang agak rumit dan para pemimpin UMNO sedang bergelut dalam merebut kuasa. Bagi pemimpin UMNO yang sama spesis Sharizat, ini adalah sesuatu yang agak buruk. Tapi bagi mereka seperti Raja Nong Chik, yang khabarnya diberi lampu hijau dari NAjib untuk mencabar Sharizat di kerusi Lembah Pantai yang sedang disandang oleh Nurul Izzah, timbalan presidan PKR dan juga anak kepada ketua pambangkang, Anwar Ibrahim.

Seorang lagi broker kuasa UMNO, Mahathir Mohammad boleh menggunakan skandal ini untuk menjatuhkan Najib tetapi dalam pada itu boleh juga terus menghancurkan parti. Najib juga boleh menggunakan episod NFC ini untuk memberi amaran kepada semua supaya jangan berani mencabarnya. Dia boleh menggunakan kuasanya untuk mengenepikan semua kritikan yang mengejeknya sebagai lembu cucuk hidung oleh isterinya Rosmah Mansur, dengan membongkar juga skandal NFC ini. Tapi sedihnya, Najib dan UMNO sedang mengambil masa yang lama agar strategi lain boleh diambil dan melenyapkan isu skandal dan rasuah NFC diri sendiri sebelum PRU ke 13 nanti.

Buat rakyat pula, sudah dihidu permainan Najib yang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar; penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Sharizat untuk membeli harta dan kediaman mewah yang tiada kena mengena dengan perladangan. Walau apa pun, Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini ke atas UMNO dan lebih banyak lagi perbuatan keji akan dibongkar seperti Scorpene dan pembunuhan Altantuya dan kegagalan UMNO dalam mengambil tindakan yang sepatutnya dan membiarkan mereka yang bersalah terlepas begitu sahaja.

Malangnya, apabila pemimpin atasan didapati menyalahguna kuasa, dan korup, ahli UMNO Cuma mampu memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka ini. Mereka mungkin juga akan melupakan semua ini dan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja seperti apa yang sering berlaku sebelum ini.

Ada di pemerhati politik percaya yang kali ini, tidak semua ahli yang akan bersetuju untuk membiarkan pemimpin tertinggi cuba mendiamkan sahaja. Kebanyakkan mereka akan dijangka menggunakan isu ini sebagai jalan untuk menaikkan karier politik sendiri seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan apa tidaknya? Mereka tak akan kehilangan apa-apa pun.

Jadi, bila ramai ahli UMNO melihat musibah Sharizat dan NFC ini sebagai cara untuk menaikkan diri sendiri, cara Najib menggunakan Shamsubahrin sebagai kambing hitam untuk menyelesaikan dakwaan ke atas Sharizat hanya akan menangguhkan kesannya nanti. Pergelutan dalam UMNO tidak dapat dibendung lagi kerana ianya semakin memuncak. Menikam dari belakang dan merancang kejatuhan yang lain adalah budaya UMNO dan saling tidak percaya sudah menular didalam parti yang terbesar di dalam Malaysia.

Sememangnya, pergelutan dalaman sudah semakin sengit hampirnya PRU ke 13 ini. Cerita sudah semakin menjadi-jadi dan sekutu berubah dalam sekelip mata. Jadi, mendakwa Shamsubahrin adalah satu tindakan yang bodoh untuk menarik perhatian rakyat, mencerminkan tekanan yang tinggi dan terdesaknya Najib sekarang. Najib sudah tidak tahu apa nak dibuat dalam kes Sharizat dan skandal ini telah memberi tekanan pula pada PRU ke-13 dari segi cara pengundi menilai kepimpinannya sehinggakan kepada senarai calon boleh menang yang akan membolehkan dia terus memegang kuasa.

Kesannya benar-benar menakutkan bagi mereka yang berada dalam Umno. NFC tidak boleh menjadi batu nisan akhir untuk Umno tetapi ia pasti akan memikirkan sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada terkuburnya UMNO nanti yang dulunya sebuah parti makmur tetapi kini sudah merundum dan dicemari rasuah.

Oleh : Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

No comments: