Bangunan Umno di Kedah disembur kata burukkan PM
Beberapa bangunan milik Umno Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menjadi sasaran ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan "Bebaskan Anwar" dan "Gerakan 901".
Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan Umno, Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Bangunan Umno Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan Umno Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa.
Umno Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu.
"Orang penakut sahaja yang sanggup melakukan perbuatan menconteng ini," katanya yang mencabar golongan ini bersemuka dengan Umno secara berdepan dan bukan dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam.
Pengurus Harta Umno Kedah, Salleh Saad, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan pada 6.15 pagi ini berhubung perbuatan itu yang dipercayai dilakukan antara 3.30 pagi dan 5 pagi tadi.
Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap perbuatan itu dilakukan orang biadab yang sakit hati.
Beliau bersama Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad meninjau bangunan yang menjadi sasaran kumpulan tersebut.
Di Jitra, laporan polis berkaitan perbuatan itu dibuat oleh pemandu van Umno bahagian Kubang Pasu, Shahrizal Saidin di Balai Polis Jitra.
Naib Ketua Umno bahagian, Zulfitri Yaacob berkata Shahrizal tiba di pejabat pada jam 8 pagi dan mendapati van Umno serta bangunan dan beberapa kenderaan yang diletakkan berdekatan bangunan Umno Kubang Pasu disembur dengan perkataan-perkataan serupa di bangunan Umno lain.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan :
Nah rasakan! Satu pengajaran kepada UMNO. Baru sedar tanah tinggi-rendah.Jangan selalu tunjuk samseng tak makan saman. Orang lain pun ada hati dan perasaan. Lihat ini gambar di bawah kerja siapa ni.
Tentulah ia dilakukan oleh agen-agen UMNO yang diupah.
Orang lain pun boleh bertindak lebih dari itu, tapi tak nak buat macam tu kerana ia tidak mendidik rakyat berpolitik secara bertamadun, berakhlak dan bermoral. Seluruh pendokong PR berakhlak tidak macam pendokong UMNO tak guna satu sen pun. Humban ke laut pun ikan tak mau makan-bangkai terlalu busuk dan hina dana.
Jadi, harap-harap UMNO dan agen-agennya lepas ini gunalah akal di kepala bukan di kepala lutut. Bawalah politik yang bertamadun dan berakhlak ke dalam masyarkat jangan jadi samseng jalanan lagi. Fitnah sana, fitnah sini, bohong sana, bohong sini.
No comments:
Post a Comment