DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, January 24, 2012

DR SHAFIE: URUSAN AGAMA LEBIH LANCAR DI BAWAH MB


Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr Shafie Abu Bakar yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya yang juga Adun PAS Bangi, dengan kelebihan yang ada pada Khalid selaku Menteri Besar, ianya akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Malah lebih penting ujarnya, hubungan baik beliau dengan pihak istana termasuk Sultan Selangor yang merupakan ketua agama Islam negeri.

"Kedudukan YAB sebagai Menteri Besar, menjadikan hubungan dengan Mais dan Jais khususnya Istana akan lebih dihormati dari segi memberi pandangan dan kedua-dua belah pihak boleh diharmonikan dan dilicinkan dari segi pentadbiran.

"Dengan (portfolio agama) dipegang YAB Menteri Besar, polisi dan peruntukan juga barangkali dapat dijalankan dengan licin," katanya dalam temubual khas bersama Harakahdaily.

Dr Shafie sebelum ini bertugas dibawah Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam.

Kini, Dr Shafie masih memegang jawatan sama namun bertukar bosnya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

18 Januari lalu, Kerajaan Negeri Selangor membuat penstrukturan semula portfolio exconya selepas Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco menggantikan Hasan Ali.

Dr Yunus memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Semetara portflio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini dipegang sendiri oleh Menteri Besar.

Ditanya beban tugas selepas pertukaran bos, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat dibawah Tan Sri Khalid.

"Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya lah.

"Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan oleh Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Nafi PAS hilang portfolio


Mengulas tohmahan pihak tertentu khususnya Umno bahawa PAS dipinggir dari memegang portfolio agama di Selangor, Dr Shafie berkata ianya hanya tuduhan jahat yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, isu itu langsung tidak timbul, malah PAS melihat kapasiti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar adalah paling baik untuk memegang portfolio itu buat masa ini.

Apatah lagi katanya, dia sendiri masih kekal sebagai pembantu exco agama yang sudah tentu akan memikul sebahagian besar tugas Tan Sri Khalid.

"Sebenarnya kalau dianggap kita dari PAS hilang portfolio Hal Ehwal Islam itu, tidak lah.

"Selagi di bawah Pakatan, orang mempunyai kelayakan wajar memegangnya lebih-lebih lagi Menteri Besar yang kedudukannya yang boleh memperkukuhkan hubungan dengan Jais, Mais dan pihak Tuanku," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan Tan Sri Khalid mengambil alih portfolio itu bukan kerana tidak ada mereka yang layak.

Namun atas faktor lebih besar iaitu hubungan dengan pihak atasan tersebut, maka keputusan tersebut dibuat.

"Baik Dr Yunus, Dr Rani, saya sendiri layak untuk menjalankan tanggungjawab ini, tapi dari segi komunikasi dengan peringkat atas kita tak biasa," tegasnya.

Sumber : Harakahdaily



Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Tindakan MB ambil alih portfolio Islam bijak. merupakan langkah untuk memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tidak akan menggunakan portfolio berkenaan sebagai sasaran mudah.

Tambahnya, ahli jawatankuasa negeri baru (exco), Dr Ahmad Yunus Hairi, adalah ‘orang baru’ yang belum berpengalaman menguruskan portfolio tersebut.

“Portfolio hal ehwal Islam itu merupakan lubuk Umno BN untuk menyerang PAS, jadi tindakan yang dibuat menteri besar adalah tindakan yang wajar,” jelas Khalid kepada The Malaysian Insider .

No comments: