DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, December 18, 2011

UMNO BANGKRAP IDEA : MAKI HAMUN SUDAH DIJADIKAN BUDAYA BARU

MENGEKALKAN KUASA UMNO DENGAN HURU HARA?

Artikel terbaru Nur Jazlan begitu menarik perhatian saya. Antara lain beliau menulis:

But his message doesn’t seem to resonate with the majority of the delegates and even among his bench of Supreme Council members who may have come to a conclusion that another event of racial and religious strife in the country is the best way to retain Malay power.

TERJEMAHAN: Tetapi ideanya (Dato Najib) tidak diterima baik oleh majoriti perwakilan malahan majoriti dari Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka mungkin telah membuat kesimpulan bahawa satu-satu nya jalan untuk UMNO mengekalkan kuasa adalah melalui huru hara yang bersifat perkauman mahupun keugamaan


Sesiapa yang mengikuti Perhimpunan Agung baru-baru ini pun pasti mengakui hakikat ini.

Rata-rata UMNO kekeringan idea. Mereka bukan sahaja kering tetapi bangkrap idea. Tiada apa yang mampu mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia mahupun orang Melayu.

Mereka bangkrap idea dari segi ekonomi, agama, politik, sosial dsbnya.

Yang kita dengar saban hari dari pemimpin mahupun perwakilan hanyalah kutukan, cacian, fitnah dan mehnah kepada DAP, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, kerajaan Selangor, Lim Guan Eng, Kerajaan Penang dsbnya.

Di sulam di antara kutukan dan cacian itu, ugutan kepada kaum-kaum lain dari Melayu bahawa akan berlaku huru hara dan kacau bilau sekiranya kuasa UMNO terhakis dan terancam.

Apa lagi yang UMNO ada untuk beri pada rakyat? Apabila sudah bangkrap, yang tinggal hanya ugutan.

Kepada Melayu, kalau UMNO kalah kuasa Melayu akan terhakis.

Kepada bukan Melayu, kalau tak sokong BN, kelak nanti akan berlaku huru hara. Siapa yang mulakan huru hara, jangan tanya. Pokoknya huru hara itu akan berlaku.

Benar tulisan Datuk Nur Jazlan dalam Malaysianinsider itu. Jelas kepada kita UMNO bangkrap idea. Bangkrap segala-galanya.

Yang mereka kaya hanyalah dengan kutukan, cacian, carutan, fitnah dan ugutan.

Sumber : Tulang Besi

No comments: