DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, December 1, 2011

TAZKIRAH : TAFSIR AL-QURAN : SURAH AN-NISA' AYAT 135

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Saksi yang adil

Ayat ini menyentuh persoalan berkaitan dengan saksi dalam kes kesalahan yang dibicarakan di mahkamah yang menjalankan syariat Allah SWT, di mana Allah memerintahkan supaya orang-orang yang beriman menjadi saksi yang adil dan benar, jangan menjadi saksi yang fasiq (jahat).

Mengikut hukum Islam sesuatu kesalahan mestilah di tsabitkan dengan saksi yang adil sama ada dengan dua atau empat saksi dalam kes zina. Saksi itu mestilah orang yang beriman, adil dan tidak mengerjakan dosa besar dan tidak mengekali dalam mengerjakan dosa kecil serta tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan marwah.

Menjadi saksi bohong adalah dosa besar. Allah SWT memberi amaran yang keras di dalam al-Quranul Karim berhubung dengan saksi dan begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. Menunjukkan bahawa orang yang menjadi saksi mestilah menegakkan keadilan. Jangan menyeleweng ketika menjadi saksi. Penyelewengan ketika menjadi saksi adalah dosa besar kerana membawa kezaliman kepada orang yang dituduh melakukan kesalahan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu." (Surah an-Nisa': 135)

Dalam bahasa Arab perkataan 'Qawwamin' dengan makna sungguh-sungguh kerana ia dikenali sebagai kalimah `Sighah Mubalaghah'. Ertinya kamu hendaklah bersungguh dalam melaksanakan keadilan dalam perkara penyaksian untuk memberi hak kepada seseorang ataupun menjatuhkan hukuman kepada seseorang semata-mata kerana Allah bukan kerana kepentingan duniawi.

Allah memberi pahala yang besar kepada orang yang menegakkan keadilan walaupun di atas diri sendiri. Ertinya kamu menjadi saksi dengan penuh keadilan ke atas diri kamu sehingga dijatuhkan hukuman. Begitulah juga terhadap orang lain.

Ataupun ke atas kedua ibu bapa kamu. Kamu menjadi saksi yang adil ke atas keduanya sehingga mengakibat ibu bapa kamu itu dijatuhkan hukuman. Soal penyaksian yang adil ini tidak termasuk dalam kes menderhakai ibu bapa kerana dengan menjatuhkan hukuman akibat penyaksian yang adil itu menyebabkan keduanya terselamat dari seksaan api neraka.

Tegasnya tindakan sedemikian termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan sebaliknya. Begitu juga dengan saksi yang adil terhadap kaum keluarga menyebabkan mereka dijatuhkan hukuman dan ini bukan bererti memutuskan hubungan keluarga. Yang lebih penting ialah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hindarilah diri dan keluarga kamu dari api neraka." (at-Tahrim: 6)

Tujuan menjadi saksi terhadap mereka ialah supaya mereka terhindar dari menjadi ahli neraka. Apabila ibu bapa menerima hukuman di dunia dengan hukum Islam yang adil maka selamat dari hukuman neraka.

Tiada khilaf di kalangan ulama tentang harusnya seseorang itu menjadi saksi yang mengakibatkan dikenakan sesuatu hukuman ke atas ibu bapa dan keluarga.

Adapun menjadi saksi untuk membela kedua ibu bapa supaya terselamat dari dijatuhkan hukuman, suatu tindakan yang diperselisihkan di kalangan ulama.

Ada ulama' tidak mengharuskan anak menjadi saksi terhadap ayah dan ibunya atau adik beradik, isteri tidak boleh menjadi saksi terhadap suami dan begitulah sebaliknya kecuali Mazhab Syafie membenarkan isteri menjadi saksi bagi pihak suami.

No comments: