DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 2, 2011

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA : BERSEDIA MERAIKAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Kenaikan tarif elektrik tidaklah sukar untuk diramalkan. Rakyat sudah faham petanda-petanda dan bayang-bayang jika akan berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia. Petanda tarif elektrik akan dinaikkan apabila Petronas mengeluarkan kenyataan bahawa yang ia tidak mampu lagi menanggung kerugian dengan memberikan subsidi kepada TNB. Ini membayangkan bagi mengatasi perkara ini, maka tarif elektrik perlu dinaikkan (ambil duit dari poket rakyat) bagi menampung kerugian tersebut.

Bersedialah wahai rakyat Malaysia dengan kemungkinan kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak lama sahaja lagi? Baru-baru ini sudah pun bermula caj tambahan sebanyak 1% kepada sesiapa yang menggunakan bekalan elektrik lebih 300 kilowatt sejam (kwj) sebulan. Adakah anda sedar mengenai caj ini?

Paling akhir kenaikan tarif elektrik berlaku sekitar Jun 2011 lalu, tidak mustahil ia akan naik sekali lagi pada tahun 2012 nanti samada selepas Pilihanraya Umum ke 13 atau sebelumnya, itu bergantung kepada kehendak dan kuasa rakyat. Rakyat adalah kuasa keramat. Buangkan UMNO dan gantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah bagi membela nasib rakyat ternyata gagal UMNO membela nasib rakyat walaupun sudah 54 tahun berkuasa mutlak memerintah Malaysia.

PR apabila berjaya mengganti UMNO (bukan suatu perkara mustahil akan berlaku) akan bertindak meminda terma-terma perjanjian IPP yang mencengkam industri tenaga di Malaysia yang merugikan rakyat dan TNB sendiri.

· Petronas sudah membunyikan semboyan mereka untuk tidak mahu lagi berikan subsidi kepada TNB

· TNB cuba hendak minta belas kasihan daripada IPP? Lupakan sahaja niat tersebut. Kalau boleh mereka lagi hendak kumpul seberapa banyak keuntungan untuk mereka setiap tahun melalui “model perniagaan atas angin mereka”

· Kerajaan pula masih membiarkan perjanjian IPP (biarkan sementara waktu tunggu PR memerintah) berjalan seperti biasa. Macam tiada apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

· Jadi, TNB hendak mengadu dengan siapa? Dengan anda-anda dan semualah sebagai pengguna elektrik untuk “menyerap tekanan” yang dihadapi mereka dengan melaksanakan kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi melalui persetujuan kerajaan

· Akhirnya, rakyat yang terpaksa “berkorban” dan “terkorban”

TNB pada tahun ini sudah mula mencatatkan kerugian yang besar pada suku terakhir tahun 2011. Berapa banyak? Untuk suku terakhir sahaja TNB rugi RM453.9 juta. Sebab utama yang menyebabkan rugi?

· Sudah tentunya perjanjian berat sebelah IPP

· Kerana terpaksa menggunakan bahan api yang 6 kali lebih mahal daripada gas bersubsidi yang dibekalkan oleh Petronas

· Biasanya Petronas akan terpaksa belanjakan sekitar RM18-RM20 billion untuk memberikan subsidi gas asli di bawah harga pasaran.

Kemudian daripada sudut lain, nampak ketara Petronas sebenarnya hendak menutup ketidakcekapan sendiri. Masalah di Bekok-C tertangguh berbulan-bulan lamanya berdasarkan jadual asal. Akhirnya, sekarang ini platform lain pulak yang mengalami kesannya, sehingga ke tahun depan (tahun 2012) gas curtailment akan terus berlarutan.

· Petronas telah mungkir janji, mengatakankan mahu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Tetapi kerapkali tertangguh

· Sehingga TNB terpaksa menggunakan bahanapi alternatif yang 6 kali ganda lebih tinggi sehingga menyebabkan kos operasi TNB meningkat

· Cuba bayangkan perkara sama dilakukan dengan buat masalah seperti ini kepada Singapore? Agak-agaknya, singapore hendak bagi muka kepada Petronas? Dan, agak-agaknya berapa penalti yang Petronas terpaksa hadapi?

Berbalik semula kepada realitinya.

· Petronas berhajat hendak jual gas pada harga pasaran

· Tetapi tarif elektrik TNB tidak mengikut harga pasaran, bagaimana TNB “mampu bertahan”?

· Walaupun TNB monopoli sektor kuasa, tapi kenaikan tarif elektrik ditetapkan oleh kerajaan

· TNB tiada kuasa untuk buat kenaikan tarif elektrik sesuka hati kerana tiada kapasiti untuk melaksanakan “Fuel pass-through” bermakna tarif pengguna akan dikira berdasarkan kos bahanapi semasa.

· Akaun Petronas tidak boleh diaudit, tetapi akaun TNB boleh diaudit

Apa yang boleh katakan secara keseluruhannya, TNB sudah banyak berkorban sejak tahun 1992 lagi dan terkorban. TNB akan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang ini, jika pertamanya pengurusan TNB di peringkat atas dirombak semula dan perjanjian IPP yang cukup berat sebelah itu turut dirombak semula.

Bagaimanapun, TNB mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM499.5 juta bagi tahun kewangan 2011 berbanding keuntungan RM3.2 bilion direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.Tahun 1997 TNB rugi RM135.2 Juta tapi mampu bayar 1 bulan gaji sebagai bonus. Tahun 1998 TNB rugi RM3,094.3 Juta tetapi mampu bayar 1.5 bulan gaji sebagai bonus.

Catatan tambahan :

Kos bil eletrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan RM160,000 Sebulan. Bayangkan dengan kenaikan tarif eletrik terbaru, berapa rakyat terpaksa membayar bil elektrik dan bil air di rumah PM dan TPM pula RM33,000.00 sebulan. Mereka berdua bukan pemimpin yang boleh diteladani (apatah lagi untuk menganggap mereka sebagai tokoh kepemimpinan dalam Islam) mereka meminta rakyat memahami keadaan kewangan dan ekonomi Malaysia serta kenaikan subsidi yang dikatakan membebankan, tetapi mereka belanja boros dan membazir duit rakyat. Mereka macam ketam mengajar anak berjalan. “Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,”

Sejumlah RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air

Macamana rakyat tIDak marah kalau pemimpin negara sendiri yang membazir wang cukai. Kita disuruhnya jangan membazir. Hendak buat pelarasan subsidi bagi mencapai ke arah negara maju. Bila sudah susah, lepaskan semua bebanan kepada rakyat. Adilkah?

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

No comments: