Wira Perkasa Malaysia memberi amaran keras kepada MCA dan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti dari menghina Islam dan hukum hudud.
“Biar isu hudud di tentukan oleh orang Islam sendiri. MCA jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai Tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama kamu,” tegas ketuanya Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media hari ini.
“Tolong jangan campur urusan Islam. Soi Lek, jangan kamu “menjadi duri dalam daging”, “gunting dalam lipatan”. Parti MCA ini telah gagal pada Pilihan Raya Umum ke 12 tempoh hari, sepatutnya kembalikan kepercayaan kaum kamu.
“Kepimpinan Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan yang menghina Islam,” katanya.
Ujar beliau, “harus di ingat Perkasa mempunyai pengundi-pengundi di seluruh pelusuk negara, kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU yang akan datang.”
Sebelum itu, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno kerana memberi lesen dan permit kepada ‘anak angkat’ mereka, Soi Lek untuk terus mencerca Islam.
Kata-kata sinis tetapi cukup tegas itu ditujukan oleh ahli parlimen Pokok Sena itu kepada Umno yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ‘sepi tanpa suara’ apabila Islam diperlekehkan oleh rakan sekutunya dari MCA.
Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyerahkan satu memorandum kepada Soi Lek pada 9 Disember lalu di Wisma MCA mengulangi gesaan agar Presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataan yang menghina Islam itu.
Soi Lek dalam satu kenyataannya menyifatkan pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi Malaysia serta merupakan hukum undang-undang yang zalim.
Beliau juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menakutkan para pelabur asing untuk datang melabur di negara ini dan menyebabkan kemunduran ekonomi.
Sumber : DI SINI
Ulasan :
UMNO khususnya Najib, PM dan pendokongnya terus bertepuk tangan kerana MCA menghina Islam. Senyap Najib ada tujuannya adalah bermotifkan politik. Ia biarkan MCA kutuk Islam demi bagi peluang MCA menyaingi DAP memperjuangkan kepentingan kaum Cina, bagi mengembalikan sokongan kaum Cina kepada parti-parti Cina dalam BN.
Tidak tahan dengan cacian MCA terhadap kesucian Islam, maka agen UMNO Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.
No comments:
Post a Comment