UMNO-Barisan Nasional sering memaparkan bahawa hanya tokoh mereka yang merupakan pejuang kemerdekaan. Mereka mahu menculik sejarah perjuangan kemerdekaan demi kepentingan mereka.
Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail yang juga pemimpin tertinggi UMNO sendiri pernah berucap ketika menerima anugerah doktor kehormat USM pada 9 Jun 1973:
The British decided to cooperate with the moderate nationalists. [...] But although independence was won by the moderates, history also shows that the radical nationalists also played a role in attaining independence.
Nah! peranan tokoh dan kelompok lain pernah diiktiraf. Pemimpin UMNO menandatangani perjanjian kemerdekaan hanya kerana British memilih mereka. Bukan bermakna orang lain tidak berjuang, tidak ada peranan dalam mendapatkan kemerdekaan.
Berkenaan Dasar Ekonomi Baru pula, Dr. Ismail berkata:
The application of the New Economic Policy [...] will change from time to time to suit the situation and the circumstances and the geographical setting. But its aim and its fundamentals are the same and that is to close the gap between the rural and the urban, to destroy poverty without regard to background or race.
Antara pengasas DEB sendiri menyatakan bahawa ia perlu berubah mengikut keadaan. Asas yang mesti diutamakan ialah merapatkan jurang antara desa dan bandar. Dahulu perbezaan kelas adalah juga perbezaan geografi. Tetapi kini golongan miskin ramai juga yang tinggal kota.
Justeru ayuh kita kembalikan semangat pengasas negara untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang dan bangsa. Kita perangi kemiskinan di Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan di semua negeri. Kita bantu setiap rakyat miskin tanpa mengira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa juga latar belakang.
DEB (telah dimansohkan oleh Najib dan digantikan dengan Majlis Perundingan Ekonomi Negara) tidak diasaskan untuk memenuhkan tembolok golongan atasan dan elit politik (UMNO-Putra yang mendapat faedah besar dari DEB) kerana ia telah disalahgunakan untuk tujuan itu, maka sekarang kita perlu robah dengan tekad dan semangat kental untuk memastikan rakyat miskin yang dibantu dan kekayaan negara tidak dibolot sekelompok kecil golongan atasan.
Ini agenda baru untuk kita, agenda baru untuk Malaysia.
Ini yang harus dijadikan azam baru bagi tahun 2012. Merubah landskap politik Negara. Sudah 54 tahun UMNO memerintah. Cukuplah.Cukuplah.
No comments:
Post a Comment