Usaha Masyarakat Aceh untuk mewujudkan sebuah Mahkamah Syariah yang mempunyai kredibliti tinggi akhirnya terwud. Untuk mendapatkan semua ini bukanlah semudah membalikkan telapak tangan, tapi dengan usaha dan kesabaran yang tinggi. Ini dikarenakan sistem kerajaan Indonesia yang berpihak pada sekularizm, dan tidak setuju untuk mentatbikkan syariah islam secara kaffah.
Mahkamah Syariah yang khas ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Presiden Republik Indonesia nombor 11 tahun 2003, yang ketika itu Megawati Soekarno Putri memegang jawatan Presiden . Sedangkan perasmiannya dilakukan oleh ketua mahkamah agung republik Indonesia pada tanggal 4 maret 2003. ketua mahkamah agung ketika itu adalah Bagir Manan.
Dasar Hukum Pelaksanaan Syariat Islam ( termasuk penubuhan mahkmah syariah khas ) di Nanggroe Aceh Darussalam.
Terwujudnya Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam setelah usaha yang panjang dan melelahkan, hingga pada akhirnya usaha-usaha kearah tersebut membuahkan hasil dengan disetujuinya pembentukan Mahkamah Syariah khas dengan dikeluarkan beberapa undang-undang sebagai dasar hukumnya.
Dasar-dasar hukum tersebut ialah sebagai berikut :
1. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 44 tahun 1999 .
Pada pasal 4 didalam undang-undang tersebut menyatakan:
(a). Penyelenggaraan kehidupan beragama di Daerah diwujudkan dalam bentuk pelaksanaan Syariat Islam bagi pemeluknya dalam masyarakat.
(b). Daerah mengembangkan dan mengatur penyelenggaraan kehidupan beragama, sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dengan tetap menjaga kerukunan hidup antar umat beragama.
Sedangkan mengenai cakupan pelaksanaan Syariat Islam boleh kita lihat pada pasal 1, iatu:
Pada poin 8 disebutkan, Syariat Islam adalah tuntunan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.
Pada poin kelapan ini sangat jelas dinyatakan bahwa pelaksanaan syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam meliputi semua aspek kehidupan. Ini salah satu bentuk reformasi Mahkamah Syariah yang dulunya hanya meliputi sebahagian aspek kehidupan sebagaimana masih berlaku di Negeri-negeri lain di Indonesia.
2. Undang-undang Pemerintah Indonesia Nomor 18 tahun 2001 dalam hubngannya dengan Pelaksanaan Syari’at Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam .
Undang- undang ini merupakan lanjutan dari Undang-undang Nombor 44 tahun 1999 yang telah dijelaskan diatas.
Dalam pasal 25 Undang-undang tersebut menyebutkan:
(1). Peradilan Syariat Islam di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sebagai bagian dari sistem peradilan Nasional dilakukan oleh Mahkamah syar’iyah yang bebas dari pengaruh pihak manapun.
(2). Kewenangan Mahkamah Syar’iyah sebagaimana dimaksud pada ayat (1) didasarkan atas Syari’at Islam dalam sistem hukum nasional, yang diatur lebih lanjut dengan Qanun Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam.
(3) kewenangan yang dimaksud pada ayat diatas diberlakukan bagi pemeluk agama islam sahaja.
Dari isi isi fasal ini terlihat ada tambahan keistimewaan pada mahkamah syariah, dimana mahkamah syariah tidak boleh dipengaruhi oleh pihak lain. Dan yang lebih penting bidangkuasa mahkamah syariah diperluas, iaitu semua hal yang berkaitan dengan syariat islam, termasuk jenayah yang dulunya dibawah bidangkuasa mahkamah sivil.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah setelah ditubuhkan Mahkamah Syariah Khas
Mahkamah syariah Nanggroe Aceh Darussalam adalah mahkamah khas yang ada dalam linkungan mahkamah syariah republik Indonesia. Dikatakan khas karena ia mempunyai bidangkuasa yang berbeda, tidak sama dengan mahkamah syariah lainya di seluruh Indonesia.
Bidangkuasa mahkamah syariah khas ini tidak lagi hanya mengurusi masalah ahwal syahksiah dan mawaris dan hibah saja, tetapi meliputi semua aspek kehidupan. Baik ia yang menyangkut masyarakat umum atau privat, semuanya menjadi kewanangan mahkamah syariah.
Dalam Qanun no. 10 tahun 2002 tentang pelaksanaan syariay islam disebutkan bahwa Mahkamah Syariah bertugas mempunyai bidangkuasa memeriksa dan memutus dan menyelesaikan perkara-perkara berikut :
1. al – ahwal al – syakshiyah
2. mu’amalah
3. jinayah
penjelasan ketiga hal diatas sebagai berikut :
1. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang al- Ahwal al – syakhshiyah meliputi hal-hal yang diatur dalam fasal 49 undang-undang nomor 7 tahun 1989 tentang mahkamah syariah beserta penjelasannya, kecuali wakaf, hibah dan sadakah.
2. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang muamlat meliputi hukum kebendaan dan perikatan seperti :
a. Jual beli, hutang piutang
b. Qiradh ( pemodalan)
c. Musaqah, muzara’ah, mukhabarah ( bagi hasil pertanian).
d. Wakilah (kuasa), syirkah (perkongsian).
e. Ariyah ( pinjam meminjam). Hajru ( penyitaan harta), Syuf’ah dan rahnu ( gadai).
f. Ihyaul mawat ( pembukaan lahan), ma’din (tambang), luqathah (barang temuan)
g. Perbankan, ijarah (sewa menyewa), takaful.
h. Perburuhan
i. Harta rampasan
j. Wakaf, hibah, shadakah, dan hadiah
3. Yang dimaksud dengan bidangkuasa dalam bidang Jinayat iaitu sebagai berikut :
a. Hudud yang meliputi:
i. Zina
ii. Menuduh berzina (Qadhaf)
iii. Mencuri
iv. Merompak
v. Minuman membukkan dan Napza.
vi. Murtad
vii. Pemberontakan (Bughat)
b. Qishash diat, meliputi:
i. pembunuhan
ii. Penganiayaan.
c. Ta’zir iaitu hukuman yang dikenakan kepada orang yang melakukan pelanggaran syariat islam selain hudud dan Qishash seperti:
i. Judi.
ii. Khalwat.
iii. Meninggalkan sembahyang fardhu dan puasa Ramadhan.
Mahkamah tinggi syariah mempunyai bidangkuasa memeriksa dan memutuskan perkara yang menjadi bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam tingkat banding. Mahhkamah Tinggi Syariah juga menpunyai bidangkuasa mengadili dalam tingkat pertama dan terakhir perselisihan yang timbul antara Mahkamah Syariah yang ada di Nanggroe Aceh Darussalam. Sedangkan perselihan yang timbul antara mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil atau mahkamah lainnya menjadi bidangkuasa mahakmah Agung Republik Indonesia.
Mahkamah Syariah di Nanggroe Aceh Darussalam tidak mempunyai mahkamah rayuan. Ini dikarenakan Mahkamah Syariah khas ini tidak berdiri sendiri, ia masih dalam lingkungan mahkamah republik Indonesia, hanya saja ia berbentuk khas. Apabila ingin merayu hasil keputusan mahkamah syariah yang khas ini maka mereka masuh tetap merayu kepada Mahkamah Agung.
Di Malaysia Najib kata hudud tidak dilaksanakan, jadi UMNO hanya mempolitikan Islam demi kepentingan politiknya sahaja, bukan kepentingan Islam itu sendiri. Oleh kerana UMNO menolak hukum Allah maka terjadilah macam-macam penyakit masyarakat seperti meragut, menrompak, mencuri dan sebagainya.
Lihatlah fakta di bawah :
1 comment:
alhamdulillah Addin baru2 ada ziarah ke Acheh, mmg betul Acheh memiliki undang2 syariah,mahkamah syariah dan polis syariah. Acheh satu2 provinsi yg memilikinya. Selepas tsunami, GAM telah berdamai dgn kerajaan pusat dan memasuki PEMILU sbg partai Acheh dan memenanginya. Skrng pentadbir Acheh rata2 adalah bekas pimpinan GAM.. Bak kata warga Acheh kpd Addin, hikmah terbesar tsunami ke atas Acheh adalah perdamaian yg dikecapi skrng..
Post a Comment