DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 13, 2011

PENGUNDI HANTU' AKAN TENTUKAN KEPUTUSAN PRU-13

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh ‘pengundi hantu’.

"Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat.

"Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan,” katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul ‘PRU-13: Undi siapa jadi penentu’ di Shah Alam, hari ini.

Lim, yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika ‘pengundi hantu’ itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak.

"Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajiaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen),” katanya.

Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Sumber : Malaysiakini

1 comment:

Naufall Adif said...

kenapa tak habis habis persoal pengundi hantu? betul ke wujud? ada bukti? dap penang menang dulu pengundi hantu xde ke sbb tu menang?

(blog picisan copy paste boo)