DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, December 25, 2011

PENGAJARAN DARI KES KHIR TOYO

WALAU apa tanggapan penulis mengenai kes yang melibatkan Khir Toyo semalam, itu tidak sepatutnya menyekat semua pimpinan Pakatan Rakyat yang memegang kuasa tampuk pemerintahan kerajaan negeri untuk belajar sesuatu daripadanya.

Keputusan Hakim semalam (sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah yang lebih tinggi) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin kerajaan tidak boleh mengadakan apa-apa transaksi dengan kenalan atau yang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan yang dipimpin atau mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.

Jika mahu membeli harta sekalipun, gunalah saluran yang sah seperti melantik agen hartanah dan sebagainya serta elakkan daripada berhubung terus dengan pembeli dalam apa keadaan sekalipun.

Disamping itu, elakkan juga membeli aset yang berada dibawah nilai pasaran semasa (walaupun pembeli tidak kisah dengan perkara tersebut).

Politik tidak mengenal kawan dan lawan. Bila segala kuasa yang ada sudah hilang, sesiapa sahaja boleh mengambil kesempatan walaupun dalam kes ini Datuk Shamsudin Diman (saksi utama pendakwa) bukanlah orang yang mengadu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan dia dipaksa menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo dengan harga yang murah.

Sebaliknya, semua bermula bila ADUN Sekinchan Ng Suee Lim membuat laporan kepada SPRM berkenaan nilai rumah Khir Toyo yang dikatakan bernilai RM 24 juta. SPRM gagal menemui bukti yang mengesahkan rumah tersebut adalah seperti nilai yang dikatakan tapi menemui bukti lain yang membawa kepada perbicaraan yang berakhir semalam.

Itu juga bermaksud, memiliki rumah yang besar, seluas padang bola sekalipun tidak ada masalah kepada SPRM, asal saja proses pemilikan itu tidak ada sebarang keraguan.

Keputusan hakim dalam kes ini, meletakkan pemimpin kerajaan negeri sekarang ini sudah mencapai tahap seperti hakim yang tidak boleh mempunyai kawan melainkan dikalangan mereka sahaja. Sukar penulis nak bayangkan bagaimana ini boleh dilakukan dalam situasi sebagai pemimpin politik. Sebagai orang politik memang kita perlu bercampur dengan ramai kalau tidak semua orang.

Bagaimanapun, belum terlambat untuk semua pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat memeriksa kembali sebarang transaksi yang telah dibuat sepanjang dilantik memegang jawatan tersebut. Kalau ada yang serupa atau hampir sama seperti kes Khir Toyo maka belum terlambat untuk membuat pembetulan kerana kita tidak pasti apa yang akan berlaku dimasa depan.

Walau pun begitu, penulis masih berpendapat ada banyak alasan penghakiman Datuk Mokhtarudin Baki yang menyebabkan kes ini cacat dengan sendirinya dan hanya membuka peluang kepada proses rayuan nanti untuk menyebelahi Khir Toyo.

Itu yang dikatakan wujudnya tangan-tangan ghaib yang terlibat. Seperti mana semalam, penulis yakin keadaan ini hanya sementara bagi mengurangkan kecaman ke atas sistem kehakiman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya nanti. Khir Toyo sendiri nampaknya mengakui hal ini apabila menetapkan 9hb Januari sebagai tarikh untuk menentukan masa depannya dalam politik.

Tidakkah semua ini kelihatannya terlalu ketara pada kita?

Sumber : DI SINI

Jangan lupa baca juga artikel ini : Khir Toyo Dikorban Untuk ‘Wajarkan’ Anwar Ke Penjara? Bagi menunjukan bahawa sungguh licik permainan politik UMNO. Mereka sanggup mengorbankan Khir Toyo demi untuk mengekalkan kuasa.

Adalah dinasihatkan kepada Khir Toyo, ketika ini beliau wajib bersabar. Kes Khir Toyo akan mengulangi sejarah pembebasan Abdul Razak Baginda dan kemungkinan juga turut melibatkan dua pegawai UTK akan turut dibebaskan apabila tiba masanya dengan alasan terdapat teknikal error.

No comments: