DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, December 28, 2011

PEMIMPIN UMNO TIDAK PEDULI UNDANG-UNDANG DAN RAKYAT

Kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah mempedulikan undang-undang. Mereka melakukan sesuatu bukan kerana itu perkara yang sewajarnya untuk dilakukan, itu perkara yang baik dan benar. Mereka melakukan apa sahaja hanya kerana mereka berkuasa, hanya kerana apabila mereka melakukan sesuatu tidak ada sesiapa yang boleh menghalang. Mereka bersikap tidak peduli kepada undang-undang, nilai dan perasaan rakyat.

Institusi Negara seperti pasukan polis, SPRM, mahkamah (ada hakim-hakim yang sanggup dilacurkan), JPN, SPR dan lain-lain Jabatan/Agensi kerajaan rela diperkudakan demi survival politik UMNO. Institusi-institusi yang disebutkan itu sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga membiarkan UMNO memijak-mijakkan undang-undang yang mereka sendiri gubalkan, merekalah menjadi saksi, merekalah pendakwa dan merekalah juga hakim yang menentukan salah-betul sesuatu kes. Mereka kata tidak bersalah, maka keputusan pun menjadi tidak bersalah. Tidak ada institusi yang berani menegur kepincangan para pemimpin UMNO.

Kerana itu jutaan ringgit dibazirkan untuk bermegah-megah atau prestij sedangkan rakyat hidup kesempitan. Skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menjadi buktinya. Dana rakyat RM250 juta dikebas dan diselewengkan oleh keluarga Shahrizat Jalil, suami dan anak-anaknya. Keluarga Sharizat lebih ‘binatang’ daripada lembu yang dikandangkan memakan harta rakyat secara haram (tetapi dihalalkan oleh pentadbiran Najib). Mana ada instutusi seperti pasukan polis dan SPRM yang berani menyiasat dan mengambil tindakan ke atas penyelewengan tersebut kerana Najib dan Muhyiddin awal-awal lagi menyatakan kes ini tidak ada sebarang penyelewengan yang berlaku.

Banyak lagi kes-kes atau peristewa-peristewa yang berlaku menunjukkan institusi-institusi yang disebutkan di atas bukan diwujudkan untuk menegakkan keadilan, tetapi (dimanipulasikan oleh UMNO) untuk menjadi HAMBA sahaya kepada UMNO laknatullah ini selama-lamanya. UMNO melalui organisasi medianya, penyokong dan pendokongnya begitu perkauman, menghasut melampau, menfitnah, rasuah, samseng, kaki pukul dan sebagainya tidak di ambil sebarang tindakan (malah dimanja-manjakan) berbeza layanan yang diterima oleh goongan lain yang tidak sehaluan dengan UMNO celaka ini.

Sampai bila kita harus membiarkan perkara-perkara seumpama itu berlaku?

Masa sahaja yang menentukannya.

No comments: