DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, December 18, 2011

APA TINDAKAN RAKYAT MENGADILKAN PERJALANAN SISTEM PILIHAN RAYA DI NEGARA INI

Undi tidak percaya terhadap sistem pilihanraya Malaysia

Oleh : Ng Eng Kiat

Apakah sebenarnya yang tidak seimbang, tidak adil dalam pilihanraya Malaysia? Pemerintah sering memperingati rakyatnya bahawa pilihanraya kita sudah cukup adil, manakala golongan pembangkang dan organisasi sivil pula mendakwa pilihanraya kita kotor kerana pelbagai penyelewangan yang dibenarkan berlaku. Saya akan menyentuh beberapa contoh penyelewangan yang berlaku di depan mata rakyat tetapi tidak diberi apa-apa perhatian oleh media kawalan pemerintah. Tetapi, sebelum itu, saya ingin menjemput pembaca sekalian meneliti dua perkara dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia.

Perkara pertama ialah peratus jumlah undi yang diperolehi parti pemerintah - Barisan Nasional. Kedua, peratus kerusi yang dimenangi dalam Dewan Rakyat. Dengan melihat jadual di bawah, jelas kelihatan perbezaan undi yang diperolehi pemerintah dan pembangkang sebenarnya tidak sebesar yang difikirkan. Walaupun media kerajaan sering melakarkan imej bahawa keseluruhan rakyat Malaysia sebenarnya menyokong Barisan Nasional, pada hakikatnya statistik menunjukkan Barisan Nasional hanya mendapat lebih daripada 60% jumlah undi dalam empat kali pilihanraya. Lebih penting lagi, BN tidak pernah mendapat 2/3 jumlah undi dalam mana-mana pilihan raya umum yang lepas. Namun, dengan meneliti sejarah penguasaan kerusi di Dewan Rakyat, nampaknya Barisan Nasional menguasai lebih daripada 70% kerusi dalam semua pilihanraya kecuali pada tahun 1969 dan 2008 sahaja. Mengapakah situasi ini berlaku?

Tahun

Jumlah Kerusi dalam Dewan Rakyat

% Jumlah Undi BN

Kerusi BN dalam Dewan Rakyat

% Kerusi BN dalam Dewan Rakyat

% Jumlah Undi bukan-BN

Kerusi bukan-BN dalam Dewan Rakyat

% Kerusi bukan-BN dalam Dewan Rakyat

1959

104

51.7

74

71.15

48.3

30

28.85

1964

104

58.5

89

85.58

41.5

15

14.42

1969

144

49.3

95

65.97

50.7

49

34.03

1974

154

60.7

135

87.66

39.3

19

12.34

1978

154

57.2

130

84.42

42.8

24

15.58

1982

154

60.5

132

85.71

39.5

22

14.29

1986

177

55.8

148

83.62

41.5

29

16.38

1990

180

53.4

127

70.55

46.6

53

29.45

1995

192

65.2

162

84.38

34.8

30

15.62

1999

193

56.5

148

76.68

43.5

45

23.32

2004

219

63.9

198

90.41

36.1

21

9.59

2008

222

51.4

140

62.61

48.6

82

36.93

Statistik dikumpul daripada: Trends in Malaysia: Election Assessment (ISEAS, 2000) dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Keadaan di mana BN memenangi jumlah kerusi yang tidak seimbang dengan perolehan undi sebenar adalah hasil langsung daripada sistem pilihan raya sedia ada yang tidak adil. Dalam pilihanraya Malaysia, pengundi memilih ahli parlimen dalam Dewan Rakyat melalui sistem undi terbanyak atau lebih dikenali sebagai sistem "First-Past-The-Post" (FPTP). Dalam FPTP, pengundi akan meletakkan pangkah dalam kotak sebelah nama calon dan simbol parti yang ingin dipilih. Seseorang calon boleh memenangi kerusi tanpa mendapat majoriti kesemua undi yang dibuang. Dia hanya perlu mendapat undi terbanyak di antara calon-calon lain untuk kerusi yang ditandingi itu.

Contohnya, semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO pada 2009, pemenangnya Khairy Jamaluddin mendapat 304 undi atau sekitar 38% daripada jumlah undi. Calon yang terdekat, Mohd Khir Toyo, mendapat 254 undi (32%) manakala calon ketiga Mukhriz Mahathir, mendapat 232 undi (30%). Dalam situasi ini, Ketua Pemuda UMNO telah menang pilihanraya melalui undi terbanyak, namun perkara yang kurang mendapat perhatian ialah fakta bahawa Khairy tidak dipilih 62% semua pengundi. Keadaan ini dikenali sebagai suatu kemenangan dengan majoriti mudah dan bukan majoriti mutlak. Jelas, sistem FPTP langsung tidak mengambil kira pandangan majoriti mereka yang tidak mengundi untuk seseorang pemenang majoriti mudah.

FPTP adalah peninggalan zaman kolonial British. Di seluruh dunia, sistem ini digunapakai di negara-negara yang pernah dijajah British. Menurut organisasi Electoral Reform Society di UK, hanya terdapat tiga negara demokrasi baru (bukan jajahan British) selepas tahun 1945 yang menerimapakai FPTP. Tiga negara ini adalah Macedonia, Ukraine, dan Albania. Namun, juga dilaporkan ketiga-tiga negara ini sudah mengubah sistem mereka untuk membolehkan perwakilan yang lebih seimbang.

Di Malaysia, FPTP ditambah teruk oleh persempadanan kawasan yang tidak adil dan saiz kawasan yang berjurang besar. Contohnya, di kawasan Parlimen Kapar, terdapat 112,224 pemilih berdaftar yang boleh mengundi untuk memilih seorang Ahli Parlimen. Manakala kawasan Putrajaya yang mempunyai hanya 6,608 pemilih juga memilih seorang wakil. Maka, undi seorang pemilih di Kapar hampir 17 kali kurang nilainya jikalau dibanding nilai undi seorang pemilih di Putrajaya.

Satu lagi contoh bagaimana persempadanan atau jumlah pengundi dalam sesebuah kawasan boleh dimanipulasi adalah di kawasan Pekan. Pada tahun 1999, calon BN Najib Razak memenangi kerusi Pekan dengan majoriti hanya 241 undi. Jumlah pemilih berdaftar di Pekan pada tahun itu ialah 35,382 orang. Pada tahun 2004, jumlah pengundi di Pekan telah meningkat secara mendadak dengan bertambah 16,855 orang pemilih menjadikan Pekan sebuah kawasan yang mempunyai 52,687 pemilih. Najib memenangi kerusi Pekan pada tahun 2004, tetapi kali ini dengan majoriti 22,922 undi yang jauh lebih besar, iaitu hampir 100 kali ganda peningkatan majoriti! Menakjubkan, bukan?

Maka, pada 16 Disember baru-baru ini di Pulau Pinang, penulis berpeluang membentangkan pendapat dan cadangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen yang sedang mengkaji reformasi sistem pilihanraya di Malaysia. Giliran saya datang selepas wakil-wakil Parti Gerakan dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi input masing-masing.

Ketua Biro Undang-undang Baljit Singh mendakwa bahawa ayahnya yang sudah lebih tujuh tahun meninggal dunia masih disenaraikan sebagai pengundi yang berdaftar. Saya terfikir, sekiranya seorang pemimpin parti pemerintah pun tidak boleh memaklumkan kematian seorang ahli keluarga kepada SPR, apatah lagi rakyat biasa yang tentunya kurang celik dengan sistem pengurusan pilihan raya negara kita? Dengan adanya penyelarasan rutin antara Jabatan Pendaftaran Negara yang mendaftarkan kematian setiap orang dengan SPR, tentunya perkara remeh sebegini boleh dielakkan. Tetapi, apakah yang menghalang SPR daripada menjamin keutuhan daftar pemilih? Tak malu ke bila pemimpin parti sendiri mengaku ahli keluarga yang sudah mati masih layak menjadi pengundi?

Sudah terlalu banyak simptom yang menunjukkan pilihanraya di Malaysia tidak berlaku secara adil dan bersih. Sesungguhnya pemerintahan Najib terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas ini selepas ribuan rakyat turun ke jalan raya menuntut pilihanraya bersih. Maka, dalam memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang mahukan perubahan sosial demi membina negara yang lebih baik, saya mengambil keputusan menghadiri sesi perundingan dan memberi undi tidak percaya kepada sistem pilihanraya Malaysia.

Pilihan raya di Malaysia tidak mungkin adil tanpa penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh atas ketidakadilan yang berlaku selama ini. Tidak ada gunanya memperkenalkan sistem biometrik apabila prinsip asas "satu orang, satu undi" tidak dibenarkan dalam sistem pilihanraya yang direka untuk memanfaatkan parti pemerintah.

Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa tersebut supaya reformasi yang menyeluruh bermula dengan kajian untuk menggantikan FPTP dengan sistem yang lebih adil, sistem yang mengambil kira undi-undi mereka yang menyokong calon yang kalah, sistem yang menggalakkan penyertaan parti-parti kecil, organisasi sivil, wanita, golongan terpinggir, dan sistem yang membolehkan keputusan pilihanraya mencerminkan suara rakyat yang sebenar.

Adilkah sistem yang membenarkan parti pemerintah menguasai 63% kerusi parlimen dengan hanya sokongan undi daripada 51% rakyat? Adilkah bagi rakyat ditipu nilai undinya yang tidak samarata dengan nilai undi seorang penyokong parti pemerintah? Saya berharap Jawatankuasa Khas Parlimen akan berani mengemukakan cadangan-cadangan yang progresif.

Sumber : MerdekaReview

No comments: