He received his primary and secondary education at St. John's Institution, Kuala Lumpur
Ertinya, Dato Najib Tun Razak mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah St John Institution. Maklum kepada semua, sekolah St John ini adalah sekolah missionary kristian dan ia telah wujud di Bukit Nanas semenjak 100 tahun yang dulu.
Kalau masih tidak percaya, sila lihat gambar bangunan utama Sekolah St John ini seperti di bawah. Semenjak penubuhannya lagi, lambang salib berada di atas bangunan utama sekolah ini. Dengan kata lain, waktu Dato Najib Tun Razak belajar di sini, beliau telah belajar di bawah "bayangan" lambang salib dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.
Tidaklah Tulang Besi ingin merendah-rendahkan graduan sekolah St John. Yang Tulang BEsi tahu, ramai graduan St John menjadi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Apa yg Tulang Besi mahu tekankan adalah sikap "hipokrit" UMNO dan Barisan Nasional. Di satu sudut mereka beriye-iye menuduh wujud usaha memurtadkan orang di Petaling Jaya.
Pada sudut lain, Presiden mereka sendiri graduan sekolah missionari Kristian.
Oleh sebab itu, wajarkah kita labelkan Dato' Najib sebagai murtad?
Bayangkan lebih 10 tahun Dato Najib belajar di sekolah yang terletak lambang salib di atasnya.
Kalau betul UMNO ikhlas mahu menentang murtad, saya cabar UMNO tutup semua sekolah2 missionari Kristian seluruh Malaysia seperhttp://www.blogger.com/img/blank.gifti St John, Convent Bukit Nanas dsbnya.
Ada berani?
Sumber : Tulang Besi
ps Nama St John itu diambil sempena seorang tokoh Roman Katholik yang dianggap sebagai wali oleh Gereja Katholik bernama Saint John Baptist de La Salle.
No comments:
Post a Comment