DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, December 19, 2011

KAMI TIDAK AKAN MINTA MAAF TURUN BENDERA NAJIB, KATA SMM DAN BEBAS

Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.

Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.

Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.

“Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.

“Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik,” kata beliau lagi sambil menambah, “mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri.”

“Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” katanya lagi.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.

“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya lagi.

Sumber : themalaysianinsider

Pertama sekali hendak ucapkan tahniah kerana keberanian anda semua menentang sebauah regim yang zalim dan penindas. Bukan calang-calang anak muda yang berani menentang arus seperti itu yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko. Tahniah sekali lagi.

Turun bendera dan turun gambar Najib bukanlah merupakan satu kesalahan besar, ia ulang tayang bagiamana para penyokong Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera yang bawa turun, memijak-mijak dan mengoyak-goyakkan gambar Dr. Koh Tsu Koon, ahli dan penyokong tidak ambil tindakan balas pun.

Lihat gambar-gambar di bawah. Pendokong UMNO lebih tidak berakhlak dan berperangan lebih dari BINATANG, tetapi ahli-ahli PAS, PKR dan DAP berdiam diri, tanpa mengambil sebarang tindakan balas. Kalaulah pendokong PAS, PKR dan DAP hendak mengambil tindakan balas-berlambak gambar-gambar dan banner pemimpin Negara bertaburan di seluruh Negara-cukup mudah dan apa ertinya. Ertinya kami ini juga tidak berakhlak dan perangai macam binatang seperti yang diamalkan dan dibudayakan oleh UMNO.



No comments: