DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, December 19, 2011

KAJIAN UM DI PERAK: VIDEO SEKS ANWAR TIDAK DIPERCAYAI

Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti respondan mereka tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

54 peratus respondan pula berkata, PAS mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

Kajian itu juga mendapati, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat laporan tentang politik.

Keputusan ini diperolehi dalam kajian yang dijalankan mereka pada 23 - 30 Oktober 2011 di Perak.

Ia melibatkan responden seramai 1304 orang dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka menggunakan soalan kaji selidik berstruktur.

Demikian kata Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, Pengarah UMCEDEL, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dalam satu kenyataannya hari ini.

ajian itu mendapati, hanya 18 peratus percaya kepada video seks itu, 46 peratus tidak percaya manakala 36 peratus lagi tidak pasti.

Selain keputusan itu, mereka juga mendapati majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU ke 13 nanti.

Persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN pula berada pada tahap yang tidak membanggakan.

45 peratus dari respondan tidak menyokong kenyataan BN telah menunjukkan prestasi yang baik di Perak, hanya 38 peratus bersetuju dan 17 peratus tidak pasti.

PAS pula dilihat mampu menjadi alternatif kepada Umno untuk menjaga kepentingan Melayu.

54 peratus dari mereka bersetuju dengannya, manakala hanya 19 peratus kata PAS tidak mampu sementara 27 peratus tidak pasti.



Mereka juga mendapati pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu untuk meningkatkan sokongan terhadap BN di Perak.

Kajian ini juga mendapati majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan di negeri itu.

Sumber : Harakahdaily

Ulasan :

Rakyat seluruhnya tidak percaya. Najib dan kuncu-kuncunya pun tidak percaya termasuklah 3 datuk ‘gila’ tu pun tidak yakin boleh menyakin rakyat yang Anwar tu gila seks.

Mereka buat juga dengan bantuan media massa dan beberapa agensi kerajaan bagi tujuan bagi memalukan dan mencalarkan imej Anwar yang sudah pun dicalarkan dengan isu liwat II.

Allah maha kaya. Kita tunggulah apa akan terjadi seterusnya.Sejarah akan berulang. Sejarah Melaka telah membukti bahawa kesultanan Melaka hancur lebur kerana sultan-sultannya memerintah persis regim UMNO memerintah Malaysia sekarang.

No comments: