PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.
“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.
“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.
Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.
Menggunakan media lawan milik Umno, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.
Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.
Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah.
“Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam,” tegas beliau.
Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.
“Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti,” nasihat beliau.
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
Itulah kelemahan yang ada pada PAS mengambil orang-orang sudah ada nama terus memberi tempat dan kedudukan yang tinggi tanpa perlu melalui tahap-tahap tarbiah yang terpaksa dilalui oleh ahli-ahli parti yang lain. Jadi, mereka (seperti Hasan Ali dll) tidak sayang dan menghormati parti sekiranya mereka mendapati cita-cita mereka tidak tercapai. Mereka akan kecewa seperti Hasan Ali yang tidak berjaya menjadi MB Selangor (yang teramat diidaminya) kerana kemenangan PAS adalah kecil (bilangan kerusi PAS=8,PKR=15,DAP=13) dan Hasan Ali cemburu dan dengki dengan Khalid Ibrahim yang diangkat menjadai MB.
Kecewanya bertambah-tambah seperti orang sudah terjatuh ditimpa pula tangga apabila beliau tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor (jadi harapan beliau hendak duduk kerusi MB Selangor adalah tipis) diganti dengan Dr.Rani. Amat kecewalah beliau. Hasan Ali tidak sebulu dengan kepimpinan PAS Selangor sekarang ini, sebab itu beliau bangun bangkit menentang PAS.
Teramat malang sekali apabila Hasan Ali menggunakan media-media musuh PAS dan Pakatan Rakyat bagi meluahkan perasaan kekecewaannya itu. Terbaru Hasan Ali ke udara melalui slot Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib dari TV3. Harus diingat bahawa apabila media musuh (seperti TV3 atau UM) memberi ruang kepadanya dengan seluas-luasnya bererti UMNO melalui media tersebut sudah ada agendanya tersendiri untuk melemahkan PAS, kalau tidak masakan media-media ini sanggup menjual maruah sang penguasa yang memilikinya. Kata orang : ’tentu ada udang disebalik batu’.
Oleh itu, tidak menghairankan apabila Hasan Ali boleh mempertikaikan dasar parti sendiri di khalayak umum secara bebas (walaupun dia tidak bersetuju). Beliau kini dilhat menjadi peluru utama UMNO untuk menyerang PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.
Apabila Hasan mengakui yang ia ada persamaan dengan Zulkifli Nordin, maka Hasan Ali menanti hari saja akan keluar dari PAS (teristema ketika PRU berlangsung dan beliau tidak tidak dicalonkan semula) , maka ia kan menghala muncung senapangnya ke arah PAS dan Pakatan sepertimana yang dibuat oleh Zulkifli Nordin (dan lain-lain geng bebas Zulkili) menyerang kepimpinan PAS dan Pakatan. UMNO akan bagi peluru kepadanya cukup-cukup untuk menyerang PAS dan Pakatan.
Mudah-mudahan ramalan ini tidak terjadi dan tidak mustahil ia akan terjadi kerana ia bergantung kepada mainan politik UMNO.
Bacaan seterusnya di Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment