PENULIS memang rasa lega yang amat sangat sebaik dimaklumkan oleh sumber yang hampir dengan kepimpinan PAS Selangor bahawa Datuk Hassan Ali akan digugurkan dari senarai pencalonan untuk pilihanraya umum yang akan datang.
Kenyataan Ketua Penerangan PAS, YB Shaari Sungib semalam walaupun bukan muktamad tapi sudah cukup menjelaskan apa yang akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang – Hassan Ali tidak akan dicalonkan.
Lagipun desas desus mengenai perkara ini sudah bermula sejak Hassan Ali disingkirkan dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dan digantikan dengan ADUN Meru, YB Dr Abdul Rani bin Osman.
Daripada terus menjadi duri dalam daging kepada hubungan mesra bersama-sama DAP dan PKR dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, lebih baik kalau Hassan Ali disingkirkan terus dari barisan kepimpinan sedia ada dan digantikan dengan muka baru yang terbukti kesetiaannya kepada parti dan Pakatan Rakyat.
Penyingkiran Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor adalah permulaan yang sepatutnya diikuti dengan penyingkirannya dari barisan Exco Selangor. Tapi entah kenapa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengambil tindakan serupa, mungkin beliau ada sebabnya yang tersendiri yang hanya diketahui olehnya.
Sebenarnya kalau difikirkan ada banyak sebab kenapa Hassan Ali lebih sesuai berada dengan UMNO dibanding dengan Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya. Banyak tindakan Hassan Ali jelas bercanggah dengan pendirian bersama yang telah dipersetujui kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada Ogos 2008.
Rampasan arak di Shah Alam pada 2009 dan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos 2011 adalah bukti jelas kepada keengkaran Hassan Ali itu. Yang menerima akibat dari tindakannya ialah Pakatan Rakyat dan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor dimana Hassan Ali adalah Exco Kanan yang memegang portfolio penting.
Dalam kes DUMC, persepsi masyarakat sehingga ke saat ini ialah Pakatan Rakyat melindungi cubaan memurtadkan orang Islam walaupun hakikat sebenarnya Pakatan Rakyat hanya cuba melindungi hak dan kebebasan beragama yang dijamin perlembagaan Malaysia.
Jika itu pun salah, penulis tidak nampak apa lagi yang betul.
Ini adalah tindakan yang wajar dilakukan untuk mana-mana organisasi politik didunia dengan Pakatan Rakyat turut tidak terkecuali. Lebih lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat yang digambarkan sebagai rapuh kerana tidak didaftarkan akibat masalah yang ditimbulkan RoS.
Penulis tidak rasa kalau keadaan sama berlaku dalam UMNO, Presidennya, Datuk Seri Najib akan membiarkan inividu tersebut terus menerus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan. Tindakan sama seperti yang dikenakan ke atas Hassan Ali ini juga akan dilakukan kepada individu tersebut.
Walaupun keputusan akhir masih lagi terletak di tangan kepimpinan PAS Pusat tapi keputusan muktamar lalu telah memutuskan bahawa calon PAS bagi sesuatu kawasan pilihanraya hanya akan ditentukan sebahagian besarnya oleh ahli PAS dikawasan tersebut. Hanya dalam keadaan yang ‘ekstrim istimewa’ sahaja baru kepimpinan PAS pusat akan masuk campur.
Dalam kes Hassan Ali, penulis tidak nampak keadaan ‘istimewa’ itu wujud untuk kepimpinan PAS pusat mencalonkan Hassan Ali dalam pilihanraya akan datang bila mana pencalonannya di tolak oleh ahli-ahli parti kawasannya sendiri!!
Disamping segala macam kerosakan yang dibawanya kepada PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.
Kepada penyokong Hassan Ali, diharapkan dapat menerima keputusan ini dan menyokong dengan sepenuh hati. Individu bersilih ganti, yang tetap disitu ialah parti dan kepimpinanannya. Penulis tidak rasa tindakan ini menganiaya Hassan Ali kerana UMNO sentiasa disitu menerimanya dengan tangan terbuka.
Sumber : DI SINI
1 comment:
Hasan Ali cuba menegakkan islam, seperti slogan dibawa PAS tetapi ditentang oleh PAS sendiri dengan alasan sayangkan hubungan dengan DAP dan PKR? Maknanya slogan islam itu hanya omong kosong dan sanggup diketepikan disebabkan mabuk kuasa. Isu arak, saya rasa betul tindakan Hasan Ali sebagai exco yang menjaga agama islam untuk menghalang penjualan arak tetapi exco kerajaan tempatan dari DAP, ronnie liu menyuruh dipulangkan semula arak yang dirampas, dan Pas menghukum Hasan Ali kerana tindakan nya itu? Kedua isu DUMC, JAIS membuat serbuan kerana terdapat orang islam yang disyaki cuba dikristiankan, Hasan Ali salah juga? Pas memang jual islam demi kepentingan kuasa.
Post a Comment