DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, December 22, 2011

'DATUK' DIREMAN BERHUBUNG ISU DANA NFC DAN KONDO MEWAH



Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur.

Lelaki itu, yang dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi, lapor Bernama.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.

Sumber : Malaysiakini

Sedap komen : Bumiputera Berjaya · · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International · 362 subscribers

Yang dapat gaji ratusan ribu sebulan adalah suami Shahrizat...puluhan ribu sebulan seorang adalah anak-anak Shahrizat...beli kondominium mewah harga RM10 juta diSingapura atas nama suami dan anak beranak Shahrizat...tak termasuk kondominium RM10 juta diBangsar atas syarikat NFC tuan punyanya suami Shahrizat Jalil...yang menggunakan kereta Mercedes Benz harga RM550,000 sebagai kereta rasmi adalah suami Shahrizat...menunaikan Umrah menggunakan dana NFC adalah suami dan anak beranak Shahrizat.. melancong pakej mewah pusing dunia adalah Shahrizat sekeluarga....diberikan pinjaman RM250 juta dalam bentuk soft loan adalah kepada syarikat kepunyaan suami Shahrizat...diberikan kerana Shahrizat adalah seorang ahli majlis menteri kabinet kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah...meneteri jaga lembu dan kambing ketika itu Muhyiddin Yassin...tukang rekomen KJ Ketua Budak Tingkat 4 JPM...pemimpin yang kawal selia projek mega adalah Hj Najib Razak....YANG KENA TANGKAP DAN DIREMAN ORANG LAIN....HEBAT UNDANG-UNDANG DIMALAYSIA....seekor lembu hitam sudah dikenal pasti untuk dijadikan mangsa semebelihan

No comments: