DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, December 15, 2011

ANWAR: SAYA AKAN BERJUANG WALAU DARI PENJARA


Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Sebahagian besar rakyat Malaysia meramalkan apa yang akhbar The Guardian ramalkan.Walau bagaimana hebat sekali pun hujah dan bukti-bukti yang dibawa oleh peguam bela Anwar, namun keputusan 9 Januari 2012 tidak membawa apa-apa erti kerana dari mula kes ini bermula dari mahkamah seksyen bergelut sampai di mahkamah tinggi sehingga hakim bertindak membatalkan keputusan yang dibuatnya sendiri menolak berus gigi, botol air meneral dan tuala good morning kerana tangkapan Anwar tidak sah tiba-tiba ubah keputusan kerana pastinya ada arahan dari pihak atasan (siapa ?).

Sepanjang kes ini berlangsung, Anwar mengalami kekalahan demi kekalahan, satu pun beliau tidak menang terhadap berbagai isu yang dipertikaikan (seperti kes rampasan kuasa di Perak),maka dengan itu nampak jelasAnwar akan didapati bersalah (tidak mungkin hakim bertindak mengubah pendiriannya apabila ia memutuskan Anwar membela diri bahawa Saiful saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa) sepatutnya hakim belum sampai masa mengeluarkan kenyataan tersebut.

Proses perbicaraan dari mula hingga akhir adalah bagi memenuhi syarat dan formaliti sahaja bagi menyumbat Anwar sekali lagi ke dalam penjara. Berapa tahun agaknya hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah akan hadiahkan kepada Anwar. Sama-sama kita tunggu pada 9 Januari 2012.

Pihak peguam bela Anwar mulai sekarang boleh bersiap sedia membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi lagi mengikut proses undang-undang yang sedia ada (seperti kes 1998 dulu), tetapi jawapannya tetap sama seperti apa yang ditetapkan oleh Zabidin, kecuali PR menang dalam PRU ke-13 dan mengambilalih Putrajaya atau berlaku pertukaran pemimpin dalam UMNO (kalaulah UMNO masih pegang kuasa) atau Anwar sendiri berubah dari menentang UMNO kembali menyokong UMNO dan bubarkan PKR.

Selagi Anwar menentang UMNO, selagi itu Anwar akan diperlakukan apa yang kita saksi dari tahun 1998 hingga ke saat kini. Hatta, Anwar dibebaskan dalam usia berapa pun (lagi berumur, UMNO lebih suka), Anwar akan disabitkan pula dengan ‘liwat III’ dan seterusnya sehinggalah beliau kembali menemui Ilahi.

2 comments:

Naufall Adif said...

dah ready nak masuk sg buloh? actually dia dah tau dia salah so sbb tu ckp cmtu. xpe pr akan take advantage on sympathy vote, pr jgkk yg untung. saksi2 dan bukti? saksi yg diketengahkan 3 org mat saleh. xde pun saksi nk buktikan alibi anwar xde ngn saiful time tu. cuba bagi saksi dan alibi yg kukuh. nak strike out case base on technicality sbb tu appeal cara dna di ambil, cubaan ketepikan hakim dan timbulkan keraguaan dpp ada hubugngan dgn saiful. kalau betul anwar tak buat dia boleh kemukakan bukti lebih kukuh seperti alibi ddan sebagainya bbbut he failed. so to sg buloh he will go

yanmaneee said...

curry 5
yeezy shoes
adidas tubular
nike sneakers for men
balenciaga trainers
nike air force 1
bape hoodie
moncler
yeezy boost 350 v2
air max 270