DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 13, 2011

ANWAR: PIHAK PENDAKWA PERTIKAI PERATURAN MAHKAMAH

Peguam Cara Negara II, Yusof Zainal Abidin didakwa telah bertindak keterlaluan sehingga ke peringkat mempertikaikan peraturan mahkamah, apabila menafikan keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh.

Menurut Anwar, pertikaian mengenai keputusan dan keterangan yang telah diberikan oleh beliau menerusi kandang tertuduh tidak sepatutnya berlaku, memandangkan ia adalah keputusan pilihan yang dibuat oleh pihaknya sejajar dengan peraturan mahkamah.

Katanya, apabila perkara itu dipertikaikan oleh pihak terbabit bermakna pihak berkenaan jelas mempertikaikan peraturan mahkamah.

"Datuk Seri Najib ternyata tidak membaca perkara ini. Hari ini Yusof telah terang-terangan mempertikaikan perkara itu yang sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Bercakap kepada para wartawan pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau amat kesal dengan tindakan tersebut yang jelas mencabar peraturan mahkamah.

Perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyaksikan pihak pendakwaan menggunakan keputusan Anwar untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya.

Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Yusof Zainal Abidin berkata, keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian.

Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya.

Malah, Yusof berkata, hakikatnya adalah Anwar tidak mempertikaikan kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu, manakala beliau sendiri pula telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu yang "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".

Anwar juga, katanya lagi, tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang dialaminya yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.

Menurut Anwar, penafian pihak pendakwaan mengenai keputusan pilihannya itu adalah semata-mata untuk membolehkan beliau dijadikan sebagai orang yang bersalah, bagi menjayakan konspirasi pihak-pihak tertentu terhadapnya.

"Namun apa pun tindakan mereka, saya yakin keputusannya nanti tetap berpihak kepada saya kerana bukti mengenai diri saya yang tidak terlibat dalam kes itu sudah pun dijelaskan oleh saksi-saksi," katanya.

Antara saksi bagi pihaknya yang dimaksudkan oleh beliau termasuklah Pakar Bedah Ortopaedik, Dr Thomas Hoogland yang telah memberikan keterangan bahawa Anwar tidak terbabit dalam kes tersebut.

"Keterangan saksi-saksi yang berkepakaran seperti Dr Hoogland itu sewajarnya diterima oleh mahkamah kerana beliau adalah saksi di peringkat antarabangsa," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut yakin peguam-peguamnya turut mempunyai bukti dan hujah kukuh mengenai kedudukannya sebagai orang yang tidak bersalah pada perbicaraan Khamis, 15 Disember ini.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Beliau yang turut hadir pada perbicaraan hari ini ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sebaik sidang media selesai, ratusan penyokong Anwar yang juga ahli-ahli PKR termasuk yang datang dari Ipoh, Perak, melaungkan beramai-ramai perkataan "reformasi" dan "hidup Anwar" berkali-kali.

Sumber : DI SINI

Ulasan :

PERSEPSI RAKYAT :Tidak mungkin dan mustahil Anwar memenangi dalam kes ini, walaupun sebaik mana atau hebat mana pun hujah dan bukti-bukti diberikan, hatta seandainya Allah swt dengan kehendaknya memerintah malaikat turun membantu, namun Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah (yang sudah dikuasai oleh pangkat dan harta) tidak mampu dan tidak berupaya untuk menolak kehendak Najib dengan apa cara sekali pun, termasuk berapa kosnya orang yang bernama ANWAR BIN IBRAHIM wajib dimusnahkan. Kalau tidak Najib pasti mampus bersama parti yang didokongnya. Zabidin terpaksa memilih untuk selamatkan Najib dan UMNO atau untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Pastinya Zabidin akan memilih untuk menyelamatkan Najib dan UMNO dari menegakkan keadilan.

Sebab itulah ada sebuah hadis Nabi menyebut bahawa di akhir zaman kelak terdapat 2 dari 3 orang (1 orang saja yang berani menegakkan amal makrof nahi mungkar-masuk syurga) hakim akan masuk ke neraka jahanam.

Perbicaran ini adalah membuang masa. Membazir wang, tenaga dan fikiran, termasuklah membazir waktu rakyat yang tidak boleh fukos kepada hidupan harian dan mengambil masa mahkamah untuk lain-lain tujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Keseluruhan proses perbicaraan tersebut sebagai formality sahaja. Hakikatnya keputusan Anwar didapati bersalah dan hukuman pejara-cuma rakyat hendak tahun berapa tahun dipenjarakan (kemungkinan besar keputusan bertulis bagi kes itu sudah pun disediakan di Pejabat Peguam Negara, tunggu Zabidin hendak baca sahaja apabila sampai waktunya. Persepsi rakyat sebegini jangan disalahkan rakyat, teladan dan contohnya telah sedia ada.

Sebarang keputusan di buat, rakyat sudah dapat menjangkanya. Dulu, kini dan selama-lamanya begitulah ‘modus operandinya’ UMNO (Mahathir dan Najib) untuk terus kekalkan kuasa.

No comments: