Gerakan yang dinamakan sebagai Asalkan Bukan Umno BN (ABU) akan mengadakan sidang media serentak di seluruh negara petang ini bagi memaklumkan kewujudannya untuk menumbangkan Umno BN kepada umum.
Gerakan yang terdiri daripada organisasi massa termasuk individu dan aktivis masyarakat ini akan bergabung tenaga untuk menggerakkan kempen kesedaran kepada rakyat mengenai kezaliman Umno BN selama ini.
Manakala tarikh pelancarannya secara rasmi akan dimaklumkan petang ini.
Salah seorang penggerak ABU iaitu Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berkata, ABU akan memberi fokus seratus peratus untuk menjatuhkan Umno BN dalam pilihan raya umum akan datang termasuk mendedahkan segala bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan Umno BN.
"Walaupun individu yang terlibat terdiri daripada NGO dan orang perseorangan, tapi gerakan ini memang bertujuan politik iaitu menjatuhkan parti lawan, Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Arutchelvan yang sepatutnya ada pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) jam 3.30 petang ini bagaimanapun tidak dapat hadir kerana terpaksa mempengerusikan satu program lain dan menghantar wakil.
Di negeri-negeri lain, senarai tempat sempat sidang media adalah seperti berikut:
1. Johor – 2.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, 11,
Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825
2. Melaka – 3.30pm
Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016
3. Negeri Sembilan – 3.30pm
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707
4. Perak – 3.30pm
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,
Ipoh
MatSamanKati(SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477
5. Pulau Pinang – 11.00am
George Town Coffee House,
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583
6. Kedah – 3.30pm
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)
Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133
7. Perlis – 3.30pm
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244
8. Pahang – 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964
9. Terengganu – 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)
Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974
10. Kelantan – 3.30pm
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415
Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah milik seluruh rakyat Malaysia kerana sentimen nasional ini telah lama bersabar dengan kezaliman UMNO.
Sentimen ABU ini dijangka akan membenamkan Umno di PRU13 dalam skala yang lebih besar berbanding Tsunami Politik 2008.
Sesiapa pun layak mengaku ABU ini sebahagian daripada maruahnya demi menolak kezaliman Umno yang maha dahsyat di tanah air kita ini.
Fokus kami, Jingga 13 Pulau Pinang selain menggandakan usaha mendedahkan kezaliman parti rasis Umno BN, kami juga akan menyediakan angkatan anak muda ke jalan raya sekiranya PM masih berdalih dalam melaksanakan semua cadangan mereformasi sistem pilihan raya umum.
Kami tekad untuk menggoncang keangkuhan Umno walaupun dalam mimpi ngeri para pemimpim mereka yang zalim-zalim belaka.
Kami selut akar umbi Umno yang menyokong ABU walaupun secara sembunyi-sembunyi.
Kami selut semua pihak termasuk wakil rakyat Umno sendiri yang komited memasukkan dana untuk agenda menyelamatkan Malaysia dari kezaliman Umno.
Selut untuk Dr Rohana Ariffin (Presiden PRM), Chong Kai (wakil PSM), Aidil Fitri (Ketua SMM Pulau Pinang), Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang), wakil MCLM, wakil PAS, kaum wartawan dll yang hadir sidang akhbar di George Town White Coffee, Komtar Walk pada 11 pagi tadi.
Semua yang menyokong ABU wajib diselut ASALKAN BUKAN UMNO!
Sumber : Nota Merah
No comments:
Post a Comment