DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 20, 2011

54 TAHUN MERDEKA :MASIH RAMAI RAKYAT MISKIN?

Oleh: UMNOPENYANGAK

"Assalamualaikum,,.

Kali ini umnopenyangak ingin mengajak pembaca sekelian menyusuri sejarah kemedekaan selama 54 tahun.Apa yang boleh digambarkan selama 54 tahun, negara sudah berada ditahap atau stadard hidup yang tinggi dengan kesemua kualiti berada ditahap yang tinggi.Tetapi ketika menyemak bajet negara dan bajet beberapa negeri, umnopenyangak menemui satu bentuk peruntukan yang menghairan iaitu peruntukan untuk membasmi kemiskinan termasuk satu bahagian kemiskinan tegar.


Kenapa selepas 54 tahun masih ada lagi kemiskinan di negara yang melimpah ruah khazanah yang boleh ditukarkan kepada wang ringgit?Kenapa negara tidak berupaya menjadi seperti Korea Selatan yang seingat umnopenyangak pada tahun 70an adalah setaraf dengan negara?Malah Vietnam yang dilanda perang dan hidup miskin diawal tahun 70an kelihatan sedang memecut dan ada kemungkinan memintas negara sedkit lama lagi(atau sudahpun memotong negara dari sudut kemiskinan).Kita tanya berapa ramai orang msikin di Singapore sekarang?Mungkin orang orang yang tegar mengkritik DSAI boleh menjawab.


Kenapa masih ada orang miskin pada tahun 2011?Saban tahun pasti ada peruntukan bajet negara dan bajet negeri yang memberi tumpuan kepada peningkatan taraf hidup orang miskin tetapi orang miskin tetap miskin, akibatnya saban tahunlah bajet akan memberi peruntukan kepada orang miskin.
Malangnya orang miskin tetap tidak terbela dan tetap menjadi miskin tahun demi tahun.

Dakwaan DSAI mengenai kepenyangakan pemimpin kerajaan dari BN menang tidak dapat dinafikan.UMNO,MCA.MIC dan lain lain parti dalam BN masing masing membahagi bahagi harta negara di kalangan pemimpin dan pengikut mereka.Harta yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup orang miskin saban tahun dibawa kepada perkara lain yang memberi keuntungan kepada pemimpin pemimpin dan kroni BN sahaja meninggalkan orang miskin terlopong menunggu peruntukan bajet yang diperuntukan kepada mereka.


Bermacam macam istilah digunakan untuk menyedapkan hati orang orang miskin.PPRT, NRKE dan entah apa apa lagi tetapi orang miskin semakin miskin sedang kroni BN bertambah kaya.Bila agaknya orang miskin akan jadi kaya? Kalau setakat nak harapkan bantuan sebanyak RM500.00 yang dibayar one off itu, alamak sampai tualah orang miskin akan jadi miskin!
Mungkin buku jingga adalah alternatif yang ada kalau rakyat Malaysia mahu melihat kemiskinan benar benar dibasmi atau dikurangkan.

Sumber : DI SINI

No comments: