DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, November 21, 2011

UP-DATE : TANAH: LAPORAN POLIS MINTA SIASAT SATIM DIMAN


Dewan Pemuda PAS Puchong bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman, semalam.

Mereka meminta pihak polis menyiasat isu penyelewengan tanah yang dilakukan Adun Seri Serdang itu rentetan daripada perbahasan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun lalu berhubung penyelewengan penjualan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada 2006.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong, Rosharizan Mohd Rozlan dengan diiringi oleh peguam daripada Juham, Noorhisam Abdullah di Balai Polis Bukit Puchong.

Menteri Besar Selangor pada 15 November lepas mendakwa penyelewengan tersebut berlaku pada tahun 2006 apabila Datuk Dr Mohamad Satim Diman menjual tanah milik kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya kepada Mikmat Inai Sdn Bhd di bawah harga pasaran semasa di mana Mohamad Satim pada masa material merupakan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama Nikmat Inai Sdn Bhd.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham menyeru kepada pihak polis supaya menyiasat perkara ini secara telus kerana ia membabitkan wang kerajaan negeri Selangor dan juga rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham mendesak Mohamad Satim memberikan penjelasan secara terbuka bagi menjawab pertuduhan serius yang dikenakan terhadapnya.

Sumber : Harakahdaily

Ulasan :

Pasukan polis tidak ada masa untuk menyiasat kes ini kerana pemimpin UMNO Selangor semasa memerintah dulu, pada pandangan pasukan polis dan yang seangkatan dengannya menganggap para pemimpin UMNO dan BN mana main-main rasuah dan makan komisyen. Mereka semuanyasuci bersih diturunkan dari langit. Khir Toyo dan Zakaria Md Derus yang akaya raya itu kerana harta yang mereka miliki itu turun dari langit jua. Pemimpin Pakatan ada le. Salah urus RM2,000 pun nyawa melayang. Punya bangsatnya sistem di Malaysia ni.

Dicadangkan ikut modus operendi UMNO.Pemuda PAS Puchong perlu gerakkan seluruh pertubuhan, persatuan, NGO-NGO, belia, individu-individu terpilih dan sebagainya. Kumpul rakyat seluruh Selangor dan buat laporan polis di semua balai polis atau pejabat polis yang ada seluruh negeri Selangor sepertimana yang UMNO selalu buat itu dengan menggunakan NGO-NGO tertuntu buat laporan polis banyak-banyak.

Kita nak tenguk juga apa reaksi dan respon polis terhadap laporan-laporan tersebut.

No comments: