Dalam perang besar-besaran pihak India membasmi rasuah, seorang lagi ahli politik Malaysia dikatakan akan disiasat mereka.
Mirzan Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad merupakan seorang lagi ahli perniagaan terkenal di Asia Tenggara yang dibabitkan dalam satu lagi skandal perniagaan iaitu pembangunan Kaninda Port.
Beliau mengikuti jejak langkah Ananda Krishnan, yang telah didakwa mendapatkan kepentinang dalam syarikat telekomunikasi India Aircel menggunakan rasuah.
Kes Ananda telah mencetuskan isu bahawa kerajaan BN mendapatkan habuan mereka dengan penglibatan dalam perniagaan tidak beretika berdasarkan “Siapa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka tahu” untuk mendapatkan kontrak-kontrak besar di luar negara.
Seangkatan dengan Vincent Tan, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Albukhari, Anada adalah juga merupakan kroni Mahathir.
Kerugian Besar
Mizan, 51 tahun telah dinamakan dalam affidavit di sebuah mahkamah di India berhubung dengan siasatan kes pembangunan Kakinada Port di Andhra Pardesh. Mizan telah mendapat kontrak tersebut semasa pemerintahan Chandrababu Naidu, bekas ketua menteri negeri tersebut.
Laporan sebanyak 2424 mukasurat telah menyebut bahawa firma perkapalan yang diterajui oleh Mirzan telah memenagi projek pembesaran pelabuhan di lautan dalam pada tahun 1999.
Laporan juga menyebut bahawa kontrak itu telah dianugerahkan berdasarkan Membangun-Operasi-Pindah dan consortium berkenaan diberi tempoh 18 bulan untuk membina 2 lagi tempat persinggahan di Kakinanda Port, pelabuhan ke-2 terbesar di Andhra Pardesh.
“Walaubagaimanapun, consortium tersebut telah gagal menunaikan komitmen mereka dan kerja –kerja di persinggahan yang disebut tadi hanya bermula 5 tahun selepas itu pada tahun 2004.” Afidavit itu melaporkan dan dipetik Bernama.
Disebabkan oleh kelewatan itu, perbendaharaan negeri didakwa telah kerugian sebanyak RM 33 juta dar 1999 hingga 2007.
Yang menariknya mengenai dakwaan ini, affidavit tersebut dikatakan telah difailkan oleh isteri kepada mendiang YS Rajasekhar Reddy, bekas ketua menteri Andhra Pardesh; YS Vijayalakshmi di mahkamah tinggi bulan lepas.
YS Rajasekhar Reddy telah terbunuh dalam suatu nahas helicopter terhempas pada tahun 2009.
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment