DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 8, 2011

NAJIB, ROSMAH TIDAK SELESAIKAN IBADAH HAJI?...

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya melahirkan rasa terkejut bahawa perdana menteri, isterinya dan beberapa kenamaan lain selesai menyempurnakan ibadah haji.


Malaysiakini melaporkan Dr Juanda sebagai berkata, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat mereka pada waktu Zohor hari ini, itupun sekiranya melakukan nafar awal iaitu selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan.


Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: “Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai.”
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.
“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.


“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Sumber : MalaysiaKini

Ulasan :

Nah ambil dapatlah Haji MALBORO. Sombong dan angkuh nak kerja haji pun mau berpolitik. Maukan publisiti besar-besar konon-kononnya akaulah manusia muslim yang terbaik, walaupun merempat duit rakyat berrbillion ringgit secara haram. Tidak ikhlas kerana Alla, tetapi bermotifkan politik bagi rakyat tahu dia suami isteri pemimpin yang baik.

Baruanya PM suami-isteri.

No comments: