DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 18, 2011

MENCURI, MEROMPAK, RASUAH DI MANA-MANA DAN SETIAP MASA

Ini kes yang sangat memalukan. Polis telah mendapatkan kembali sebahagian wang dari tiga perompak dari MACC yang telah melakukan rompakan terhadap pengurup wang di KLIA baru-baru ini. Wang yang menjadi barang kes itu telah hilang dari simpanan Polis. Wang sejumlah rm 11700 itu di dapati hilang dari bilek pegawai penyiasat ibu pejabat kontigen polis Selangor.pada pukul 2 petang semalam.

Pandangan pengulas : Ini adalah bala Allah swt kepada pasukan polis bagi menghilangkan atau mengikiskan keyakinan masyarakat terhadap PDRM keseluruhannya. Menjatuhkan imej pasukan dan ia tidak dihormati sebagai institusi utama negara. Samalah sekiranya terjadi ke atas seseorang, tentulah harga diri orang itu jatuh dan beliau tidak dihormati lagi kerana ia tidak amanah dalam menjalankan tugasnya. Tugas pasukan polis berbeza dulu dan sekarang.


PERANAN PASUKAN POLIS KINI.
DULU TIDAK.JAGA RAKYAT, PERSEPSI KINI JAGA UMNO






Polis sedang menyiasat kes itu di bawah seksyen 457 dan 201 penal code untuk menyiasat samada ianya berlaku oleh kecuaian pegawai polis yang bertanggung jawab atau ada elemen krminal di dalamnya. Isu ini sebenarnya tidak menarik minat ramai, tetapi ianya adalah perkara yang sangat penting untuk diulas.

Dalam kes ini, “jika ianya berlaku oleh kecuaian tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai dan anggota terlibat, tetapi jika ada elemen jenayah yang dilakukan oleh pegawai dan anggota, mereka akan di ambil tindakan mahkamah” kata Ketua Polis Negeri Selangor Tun Hisan Tun Hamzah.

Rompakan dan kecurian berlaku saban hari di seluruh negara dan melibatkan wang dan harta benda yang besar. Rompakan dan kecurian sudah menjadi perkara biasa dalam negara ini kerana semua orang gilakan wang ringgit yang senang, tidak kiralah samada jumlah yang besar atau pun kecil. Rompakan terbuka dan rompakan kolar putih yang dilakukan secara sistematik sentiasa berlaku di kebanyakan kementerian dan jabatan kerajaan.

Kalau ianya berlaku di dalam balai polis sendiri bagaimanalah hendak menjamin keselamatan wang ringgit dan harta benda di tempat lain? Ini amat menakutkan kita dan bagaimana pula pandangan masyarakat antarabangsa dan pelabur-pelabur yang diminta melabur di negara kita?

Baru 2 atau 3 hari yang lepas MACC telah menyerahkan kes NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil kepada pihak polis untuk di siasat samada ada ada unsur jenayah atau rasuah atau salah guna kuasa di dalamnya. Tidak tahulah samada kes itu sudah mula di siasat atau belum tetapi ramai pemimpin kerajaan termasuk PM dan DPM telah memberikan komen yang projek itu adalah projek yang berjaya dan pembelian kondominium menerung itu adalah ‘above board’ semuanya.

Rakyat sekarang sibuk membaca cerita rompakan, kecurian dan rasuah besar-besar yang di tuduh terhadap pemimpin-pemimpin kita. Kes PKFZ yang melibatkan bekas Presiden-Presiden MCA yang melibatkan wang rakyat RM12 billion sedang rancak dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kes Khir Toyo belum selesai lagi dan banyak kes curi dan rompakan sedang dalam mahkamah sekarang ini. Dua belas kes berprofil tinggi yang disebutkan oleh Rais Yatim semasa beliau menjadi menteri undang-undang dulu belum juga selesai dan belum pun dibawa kemuka pengadilan. Kes-kes baru bertimbun-timbun yang belum di siasat.

Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini menunjukan banyak penyelewengan di lakukan oleh pihak yang berkuasa di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan Bertimbun-timbun kes dilapurkan berlaku. Kita tidak nampak cara dan jalannya bagaimana kes-kes ini hendak di selesaikan.

Ramai yang berpendapat kes-kes ini tidak akan di ambil tindakan kerana jika hendak di ambil tindakan kepada semuanya, ia akan memakan masa 50 tahun untuk di selesaikan. Maka untung lagilah perasuah-perasuah ini kerana untuk menunggu giliran mereka disiasat ramai di antara mereka akan tidak lagi berada di dunia ini.

Lain-lain perkataan kita sedang berada dalam masyarakat rasuah. Rasuah di mana-mana. Kecurian di mana-mana. Rompakan kolar putih di mana-mana. Masalahnya kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh mereka dalam kerajaan dan mereka mendapat perlindungan dari pihak yang berwajib.

Kalaulah ianya dilakukan oleh parti-parti pembangkang pihak berkuasa akan melakukan tekanan yang kuat walau pun belum tentu ianya ada kes. Teo Beng Hock menemui ajal oleh kerana siasatan pihak MACC. Khabarnya kes yang di siasat itu melibatkan rm 2000 sahaja.

Kes besar-besar yang melibatkan pembelian kapal selam telah memunahkan ribuan juta ringgit wang rakyat. Sampai ke hari ini kes itu belum dapat di selesaikan kerana ianya melibatkan pemimpin besar negara yang sedang memerintah dan kroni-kroninya.

Dalam kes Altantuya dua anggota polis di dapati bersalah oleh mahkamah tetapi tidak ada persoalan tentang motif pembunuhannya. Ini amat menghairankan tetapi tidak menghairankan kepada siapa yang mampu berfikir secara terbuka.

Kalau kita fikir dengan teliti, kita akan mengakui yang kes-kes jenayah yang berlaku tidak akan selesai sampai bila-bila kerana belum pun kes-kes yang dilapurkan itu di siasat dan di ambil tindakan, kes-kes baru berlaku lagi bertimpa-timpa.

Mungkin itulah sebabnya rakyat sudah hilang kesabaran mereka sehingga mereka telah menentukan cara untuk menghapuskan kegiatan mencuri ini melalui demokrasi, iaitu pilihanraya.

Rakyat telah memikirkan banyak cara untuk menghakis elemen rasuah dan mencuri ini tetapi tidak pernah berjaya. Tetapi kali ini rasanya memang sudah sampai masanya bagi rakyat untuk menolak 'once and for all' semua pemimpin dan agen-agen pemimpin yang rasuah serta pencuri ini melalui pilihanraya yang bakal tiba ini.

Apabila rakyat menolak mereka nanti, jangan pula menyalahkan orang atau pihak lain pula. Rakyat adalah manusia biasa; ada had kepada kesabaran mereka. Elok ingatkan pemimpin kita supaya tidak melembukan rakyat yang amat tertekan melihat tingkah laku mereka yang telah diamanahkan untuk mentadbir rakyat dan negara.

Sumber : AspanAlias.blogspot.com

Ulasan :

Rompakan yang berlaku dalam balai polis sendiri tidaklah menghairankan kerana peranan pasukan polis pada keseluruhannya telah berubah jauh berbanding masa-masa dulu. Kalau dulu, peranan pasukan polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat dan kenteraman awam dalam Negara, kini telah bertukar secara langsung menjaga kuasa politik UMNO supaya terus kekal (walaupun bagaimana teruk sekali pun pemimpin itu dari segi akhlak dan amalan korupsinya yang maha hebat) kekal memerintah Malaysia.

Pendik kata pasukan polis sekarang ini adalah pertahanan paling ke hadapan bagi mempertahankan kuasa UMNO dalam Negara ini dan ia dibantu oleh agensi kerajaan lain (cth : SPRM, SPR, JPN, AG,mahkamah dan jentera kerajaan). Agenda keselamatan rakyat dan Negara jatuh nombor 2 dan nombor 3, tidak menjadi keutamaan lagi seperti dulu lagi. Setakat masa ini begitulah persepsi rakyat terhadap pasukan polis.

Oleh sebab itulah, apabila berlakunya kehilangan duit dalam rumah polis sendiri, ianya tidak menghairan kerana ada sebahagian anggota polis tidak mengambil berat hal-hal keselamatan (kini mereka dilatih bagi mencapai matlamat tujuan politik UMNO) dan oleh itu sekarang tidak ada jaminan keselamatan bagi rakyat seperti yang digambarkan oleh penulis ini.

Bagi kes NFC yang melibatkan menteri (Shahrizat Jalil) dilakukan seperti main bola sepak. SPRM passing kepada PDRM. PDRM pula pasti takut hendak siasat (siasatlah juga ambil syarat, kemudian keluarkan kenyataan semuanya OK tidak ada unsur-unsur penyelewengan) kerana awal-awal lagi PM dan TPM sudah member klu bahawa kes ini mengikut peraturan dan undang-undang (PDRM mana berani menyangah TUHAN mereka-Najib dan UMNO). Jadi, kebaslah berbillion ringgit pun duit rakyat anda akan selamat sekiranya anda OK dengan PM dan TPM.

Sehubungan itu, tugas pasukan polis yang paling utama sekarang (berapa kosnya, tidak perlu diambil kira) ialah MEMUSNAHKAN ANWAR IBRAHIM dengan apa cara sekali pun. Semuanya adalah halal dan dilindungi oleh undang-undang Negara. Semua orang yang terlibat menyerang Anwar Ibrahim akan dilindungi, diberi pangkat dan duit berjuta.

Pada fikran PDRM yang dirasuk oleh UMNO, percaya apabila Anwar dapat dihapuskan dan dimusnahkan, maka secara tidak langsung Pakatan Rakyat akan menjadi lemah (Anwar merupakan ikon penyatuan 2 parti PAS dan DAP) kerana PAS dan DAP akan terus berperang mengenai ideologi yang menjadi dasar parti masing-masing.

PAS dan DAP akan bergerak secara berasingan, manakala PKR tidak ada lagi pemimpin yang berwibawa seperti Anwar yang boleh menguruskan jalinan hubungan PAS-DAP, maka dengan itu UMNO terus unggul tanpa cabaran. Najib pula akan terus menjadi PM sehingga malaikat maut datang kerana Anwar sebagai pencabarnya terulung sudah dapat dihapuskan.

Modus operendi pihak pasukan polis dan badan/agensi kerajaan yang lainya senang untuk dikenalpasti ke mana akhirnya hala tuju sesuatu peristewa, kes, isu dan lain-lainnya yang melibatkan pemimpin, pendokong dan pihak parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan UMNO.

Jalinan skrip ceritanya mudah untuk difahami samalah dengan cerita Hindi yang memenangkan ‘golongan jahat-EVIL’, begitulah akhirnya penentang UMNO akan kalah di mana seluruh agensi/jentera milik rakyat digunakan. Contoh sejarah paling penting untuk diingati ialah mengenai kebiadapan UMNO mempergunakan istana dan proses undang-undang untuk mengalahkan sebuah kerajaan pilihan rakyat di Perak pada 5 Februari 2009.

Tidak ada parti paling celaka di dunia, melainkan parti UMNO.

No comments: