DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, November 21, 2011

MAIS BERI ZAKAT KEPADA NEGERI PERLIS?


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman meminta Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberikan penjelasan berhubung dakwaan agensi berkenaan memberi wang zakat dikutip di Selangor kepada Majlis Agama Islam Negeri Perlis.


Menurutnya, jumlah agi-h­an difahamkan mencecah RM10 juta.

“Kenapa kutipan zakat di Selangor diserahkan kepada Perlis? Kami mahu penjelasan.

“Jika ini keperluan, kita tidak kisah, tetapi adakah negeri lain juga mendapat peruntu-kan sama seperti Perlis?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tahun lalu, LZS mengutip RM336.7 juta daripada 167,990 pembayar zakat dan RM330.4 juta diagihkan kepada 287,101 penerima di Selangor.

Pengagihan zakat di Selangor dilakukan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Kita tidak khuatir jika ia di­be­narkan oleh lembaga pengarah (LZS), tetapi kita risau jika ia tidak begitu.

“Jika benar wang zakat diberikan kepada negri lain, mereka perlu menghebahkan berapa jumlah wang agihan kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata, adakah Mais telah sempurnakan agi-han terhadap asnaf di Selangor sehingga memberikan wang zakat kepada negeri lain.

“Kita risau apabila orang Islam meminta bantuan kepada penganut agama lain, kerana kita mengabaikan mereka,” katanya.

Sumber : SinarHarian

Ulasan :

Bukankah MAIS ini adik beradik dengan Jabatan Iblis Selangor (JAIS)?

Oleh kerana itulah peranannya sedikit menghairankan.Dia tak bagi kutipan zakat (yang diberi oleh anak-anak Selangor) kepada rakyat negeri Selangor mungkin kerana semua rakyat Selangor tidak layak , mereka semuanya kaya-kaya belaka setaraf dengan para pemimpin UMNO seperti Khir Toyo, Mohamad Mohd Taib, Satim Diman, zakaria Md Derus dan lain-lain laginya.

Jadi kena bagilah ke negeri yang paling miskin, iaitu Perlis yang diperintah oleh UMNO jua hendaknya.

No comments: