DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 19, 2011

ORANG GILA-SANGGUP BUAT APA SAJA UNTUK MENANG

Kerana politik, sanggup mengorbankan kanak-kanak yang tidak bersalah

Isu yang dimainkan oleh Ketua Bahagian Bukit Gelugor, Dr Novandri serta beberapa blogger pro-UMNO terhadap anak Lim Guan Eng memang jelas mendapat perhatian ramai dan kebanyakan dari reaksi yang saya secara peribadi terima menunjukan sebagai satu isu yang menjadi kemarahan ramai.

Ramai yang meminta saya menulis dan memberi komen tentangnya. Saya tidak mempunyai komen panjang tentang isu ini. Yang pasti ‘Law-makers’ dari UMNO nampaknya menjauhi diri mereka dari isu ini dn rata-rata kita mendengar yang UMNO tidak terlibat dengan isu yang panas ini. Malahan Ahli-Ahli Parlmen UMNO meminta Guan Eng menyaman Dr Novandri dan bloggers pro-UMNO jika itu merupakan fitnah yang sengaja diadakan kerana tuntutan politik yang ‘desperate’.

Komen saya senang sahaja; ini merupakan satu lagi dari banyak bukti yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang mereka tertewas dalam pilihanraya yang lalu. UMNO tidak menampakan lagi sikap seperti parti yang memimpin negara. UMNO sudah menjadi ‘defensive’ dan ini merupakan petanda yang parti itu sedang menuju kearah kejatuhan. Ini hakikat.

UMNO tercari-cari kesalahan DAP di Pulau Pinang seperti orang mencari kutu yang halus dalam rambut. UMNO tidak mempunyai modal lagi untuk mendapat perhatian ramai. UMNO nampaknya sudah menjadi ‘sour-grape’ dan jika sudah dihinggapi oleh penyakit seperti ini selalunya parti yang seperti ini akan ditinggalkan oleh orang ramai.

Orang ramai akan mula berfikir samada parti ini mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat kerana orang ramai akan sendirinya akan merasa tidak berkeyakinan jika sebuah parti pemerintah sanggup melakukan perkara yang amat menjijikan itu semata-mata untuk menyambung nikmat berkuasa.

Memalitkan seorang kanak-kanak yang tidak bersalah kerana kepentingan politik serupalah seperti penjenayah kanak-kanak yang sangat tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang sanggup melakukan kerja seperti ini semata-mata kerana hendak menjatuhkan pihak lawan. Jika Guan Eng yang hendak dijatuhkan kenapa jadikan anaknya sebagai mangsa?

Tidak kah ‘penjenayah-penjenayah’ ini merasa malu apabila Guru Besar SMK Heng Ee, George Town sendiri manafikan adanya berlaku perkara yang difitnahkan oleh pihak tertentu di dalam UMNO itu? Kenapa setengah pihak yang desperado ini sanggup menyiarkan gambar orang lain yang dikatakan sebagai anak Guan Eng? Gambar yang dikatakan sebagai anak Guan Eng itu rupa-rupa gambar orang lain yang sedang belajar di AS.

Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO. UMNO sudah hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang ada yang dimandatkan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Tidakkah terfikir oleh ‘penjenayah-penjenayah’ ini bagaimana kanak-kanak berusia 16 tahun itu menghadapi hidup seharian kerana fitnah yang amat hina ini? Isu ini jelas merupakan satu fitnah yang amat rendah darjatnya. Kerja seperti ini tentulah berlaku kerana mereka sudah terbiasa melakukannya. Kata perbilangan ‘alah bisa tegal biasa’.

Kalau sudah biasa dengan jenayah, unttuk melakukan jenayah yang lain akan menjadi perkara biasa. Kepada semua yang bertanggugjawab merencanakan pembohongan ini berfikirlah apa dengan tekun dan bertanya kepada diri sendiri, ‘apa yang telah aku lakukan ini?’ dan perbaikilah diri masing-masing.

Politik itu politiklah! Tetapi janganlah sampai melakukan perkara yang sangat ternoda ini. Jangan tunjukan sangat ‘desperation’ itu kepada khalayak ramai. Semua tindakan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak sekolah itu hanya merupakan tindakan ‘self defeating’ bagi parti yang memerintah.

Itu sahaja komen saya.

Sumber : Aspan Alias

No comments: