DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, October 31, 2011

MALAYSIA SEDANG MENUJU KE ARAH FASISME




Kumpulan ultra-Melayu, Perkasa, sedang berusaha untuk menggagalkan usaha “pembaharuan” Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Beliau berkata, ucapan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor di perhimpunan Perkasa baru-baru ini yang menyamakan perjuangan hak asasi manusia dengan komunisme adalah percubaan kedua untuk memusnahkan hasrat Perdana Menteri melaksanakan “reformasi” di Malaysia.

Menurutnya, dalam percubaan pertama Perkasa, ia telah berjaya memaksa Najib menarik balik gagasan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berhasrat untuk memperbaiki tindakan afirmatif berasaskan kaum.

Katanya, Najib yang takut dengan Perkasa telah berundur apabila MEB yang bertujuan menggantikan Dasar Ekonomi Baru telah dikekalkan dengan kuota kaum, yang jelas bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan telus.

“Memang mengejutkan apabila seorang bekas Ketua Polis Negara berani menyamakan gerakan hak asasi di Malaysia dengan komunisme.

“Tan Sri Rahim Noor yang telah memalukan negara apabila menumbuk muka Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lebam matanya sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada di dalam tahanan (pada 1998), telah mengatakan bahawa gerakan hak asasi manusia adalah satu agama baru,” ujarnya.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, dengan membuat persamaan itu, Rahim Noor sebenarnya cuba menabur benih dan memupuk gerakan fasisme di Malaysia.

Katanya, kamus Oxford English menjelaskan bahawa fasisme adalah satu fahaman ketuanan kaum atau bangsa yang membenci demokrasi, taat kepada seseorang pemimpin yang berkuasa dan mahu meluaskan pengaruh melalui hasutan dan propaganda.

Fasisme terkenal dengan kekejamannya apabila tokoh-tokohnya seperti Adolf Hitler, Benito Mussolini dan Hideki Tojo membawa negara mereka menyerang negara-negara lain yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Fahaman itu yang mengangkat ketuanan kaum telah mengakibatkan kematian berjuta umat manusia dan masih berleluasa di zaman selepas perang, walau pun dengan berbeza-beza ideologi, seperti di apartheid di Afrika Selatan dan tindakan menindas kaum minoriti di banyak negara dunia.

“Serangan terbaru ke atas gerakan hak asasi manusia adalah usaha terbaru untuk memaksa Najib supaya tidak tunduk kepada gerakan masyarakat madani seperti Bersih.

“Gerakan seperti Bersih telah berjaya membawa kepada pengwujudan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Pilihan Raya serta cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

“Kejayaan usaha-usaha baik ini telah ditentang oleh Perkasa, kebanyakan mereka adalah golongan pelampau dalam UMNO,” kata Pua.

Beliau mendesak Najib supaya menghentikan usaha ke arah wujudnya gerakan fasisme di negara ini dan mengutuk secara terbuka percubaan Rahim Noor yang mahu menyamakan hak asasi manusia dengan komunisme.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib perlu menjelaskan pendiriannya bagi pihak Malaysia – sama ada menyokong cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang mahu menegakkan hak asasi manusia atau tunduk kepada tekanan Rahim Noor dan bekas bossnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang benci kepada hak asasi manusia.

Katanya, pendirian Najib pada CHOGM 2011 di Perth, Australia yang sedang diadakan sekarang akan menentukan sama ada janji-janji Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia lebih demokratik dan bebas benar-benar menjadi kenyataan.

Antara tokoh yang mengganggotai EPG CHOGM adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas Perdana Menteri yang ditugaskan untuk memastikan negara-negara Komanwel benar-benar melaksanakan amalan demokrasi dan menghormati hak asasi. –

Sumber : Roketkini.com

Bekas KPN paling munafik, Abdul rahim Noor,
dengan muka tidak malunya 2-3 hari lepas Anwar di tangkap (20 september 1998), dia dengan selambanya mem buat statement yang Anwar safe & sound, ttidak perlu bimbang katanya.

Apabila Anwar dibawa ke court awal Oktober 1998, ternampak matanya lebam, orang sudah mula marah...dia buat bodo aje, maka dengan berbagai tindakan dalam dan luar Negara, maka mamak tongkang bapa segala syaitan pun menubuhkan Suruhanjaya Diraja (karana katannya Anwar cederakan diri sendiri) dilantik untuk siasat kecederaan Anwar. Rahim babi dan bapa anjing ini masih buat bodoh macam tidak tau ape yg jadik

Awal Januari 1999 baru letak jawatan bila laporan Suruhanjaya Diraja dkeluarkan pada 4 Mac 1999, memang sah dia yang memukul, menumbuk, menempeleng, menendang Anwar sehingga Anwar pengsan dan cedera parah.

Masa siasatan Surahanjaya Diraja masih dengan muka tak malu tuduh Anwar provok dia sebab Anwar panggil dia "bapak anjing", padahal Anwar bukan tau pun sapa yang datang, dahla tu dia bergari, mata bertutup, apahal tak pasal-pasal nak panggil bapak anjing.


Suruhanjaya Diraja tolak mentah-mentah defence "bapak anjing" ni...tak masuk akal langsung.Selama 4 bulan dia tipu rakyat Malaysia, tak de ungkapan maaf langsung dia cakap kat rakyat Malaysia...sampai Suruhanjaya Diraja sahkan yang dia pukul Anwar 7 bulan selepas kejadian itu, dia masih tak mintak maaf disebabkan perangai segelintir orang macam dia ni, integriti polis jatuh merudum seteruk-teruknya sampai sekarang rakyat semakin benci kepada pasukan polis dan rakyat mulai hilang kepercayaan intergreti pasukan polis.

No comments: