DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, October 23, 2011

KEMEWAH NAJIB-ROSMAH MENYAMAI KEMEWAHAN YANG DINIKMATI DIKTATOR ASIA BARAT YANG DIGULINGKAN SATU DEMI SATU-MALAYSIA BILA PULA?

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap


MEWAHNYA ROSMAH-RAKYAT BILA LAGI NAK INSAF NI?

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.

Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).

Sumber : Malaysiakini

Ulasan:

Pasangan Najib=Rosmah tak habis-habis menghabiskan duit rakyat. Bermewah-mewahan semahu-mahunya. Bercuti keluar negeri memakan belanja berjuta-juta ringgit. Beli cincin sampai RM24 juta dan kini heboh pula dengan bag tangan yang berjenama.

Selepas ini kasut berjenama sampailah ke seluar dalam.

Bolehlkah rakyta Malaysia menerima ini semua?

Ubahlah!

1 comment:

Anonymous said...

According to the lyrics of a 1960s song penned by Sammy Cahn and Jimmy van Heusen, "Love is lovelier the second time around." In reality, however, psychologist and couples therapist Dr. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry handbags[/url] We take it off at night so that she can sleep without any chance of obstruction (and we can sleep too!).. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose expedition[/url] Qxlrytmqi
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora jewellery[/url] Feguvxkmt [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose online[/url] okfltophb