DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, October 21, 2011

BIARKAN KEBANGKITAN INI BERTERUSAN BAGI MEMUSNAHKAN REGIM UMNO YANG ZALIM

Azizbarisme sudah melanda
(Hero Baru Rakyat Malaysia)



Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.

Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.

Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.

Ini yang selalu dipesankan oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah, beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor, apatah lagi Rektor UIAM.

Pinga
t dan darjah kebesaran daripada istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.

Di dalam memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.

Buku-buku penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.

Bacalah hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.

Ulasan Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan, dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

Sudah tent
ulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak, tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis, soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.

Para pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki bodekkah? Kangkungkah?

Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya, Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?

Terkini, beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau. Saya
percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang sudah menjadi "orang-orang besar" menggeleng-geleng kepala dengan perkembangan ini.

Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.

Saya cuma insan kerdil yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Pengangtungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah Undang-undang yang pakar mengenai Perlembagaan di UIA menimbulkan banyak bantahan khususnya di kalangan ilmuan, pelajar dan orang awam. Kalangan ini melihat surat tunjuk sebab dan pengangtungan terhadap Aziz Bari merupakan tindakan membantutkan proses pembelajaran dan pengajaran, mematikan budaya mencambahkan minda dan membina tamadun ilmu dan kemajuan.

Kebangkitan pelajar-pelajar (baca di sini, di sini dan di sini), khususnya di UIA menentang ketidakadilan oleh system zalim yang diamalkan oleh regim UMNO adalah merupakan baru pada peringkat pernulaan dan sebagai pemanas. Selepas ini adalah diharapkan lebih banyak lagi kebangkjitan demi kebangkitan sama ada dari kalangan para pelajar, para ilmuan dan anggota masyarakat lainnya (rakyat) bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan oleh regim UMNO terhadap rakyat dan system pengurusan Negara yang rosak akibat kerakusan regim yang memerintah.

Kebangkitan rakyat banyak meruntuhkan regim pemerintahan yang zalim seperti Suharto, Marcos, Hosni Mubaraq dan terbaru Muammar Ghadafi.





Kita berharap dan berdoa ke hadrat Allah swt supaya regim UMNO yang memerintah sekarang ini ditimpa bala bencana seperti yang dialami oleh bekas pemimpin Libya, Muammar Ghadafi yang berkuasa selama 42 tahun. Ia lebih berkuasa dan lebih kuat dari regim UMNO juga turut tumbang apabila rakyat benci dan meluat kepada pemerintah yang zalim, penindas rakyat dan menekan kebebasan rakyat (untuk bersuara, amalkan demokrasi yang adil, bebas berkarya dan bebas membela-memberi dan mengambil haq masing-masing) demi untuk kekalkan kuasa.

Keadilan, kebenaran dan haq setiap rakyat akan muncul menenggelamkan kebatilan seperti yang diamalkan oleh regim Najib sekarang akan musnah dan tenggelam buat selama-lamanya. Rakyat dapat hidup bersatu padu, aman-damai dan bebas hidup sebagai seorang insane yang dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bebas tidak terkongkong seperti sekarang lagi.

Iktibarnya kepada regim Najib-Rosmah adalah jangan kita bongkak dan salahgunakan kuasa pemerintahan yang ada pada kita. kalau itu yang berlaku, Allah swt boleh tarik sekejap saja dengan kehendaknya dan menjadi hinalah seseorang itu dengan kuasa Allah jua. Peringatan kepada UMNO bahawa kamu tidak boleh memperbodohkan rakyat selama-lama. Kamu tidak mampu membeli dan merasuah seluruh rakyat, kamu mungkin mampu dan berjaya membeli dan merasuah hanya beberapa kerat manusia seperti Zul Kulim yang rela menjadi babi dan anjing menyalak siang-malam untuk menyenangkan hati kamu atau Ezam Md Noor yang bersedia menjadi syaitan dan dajjal laknatullah menyeru manusia agar lari dari yang jalan betul dan lurus sesat supaya manusia memuja kamu yang sesat dari jalan Allah (kamu rasuah dan salahgunaan kuasa secara terang-terangan di hadapan rakyat jelata)




Apabila rakyat bangkit, tiada senjata yang dapat mengalahkan rakyat sebab malaikat bersama orang yang dizalimi. Rakyat akan kencing ke atas kubur pemimpin UMNO yang zalim dan menindas rakyat. Hancur UMNO. Di ketika itu, kuasa pasukan polis, tentera, AG, mahkamah (hakim-hakim yang sanggup menjadi barua kepada Najib dan regimnya) dan seluruh jentera kerajaan yang ada tidak mampu dipergunakan lagi. hancur dan lumpuh.Kuasa rakyat kuasa keramat.

AMIN!

No comments: