DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 15, 2011

TUNGGU : PUAK BABI DAN ANJING INI BUAT DEMONTRASI TENTANG NAJIB MANSUHKAN ISA

PEWARIS, 10 NGO MELAYU KE ISTANA NEGARA SOKONG ISA

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan berarak ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta itu, Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos ini.

Timbalan Presiden Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, NGO Melayu yang terlibat antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Menurutnya, Pewaris bersama 10 NGO Melayu telah bermesyuarat mengenainya semalam dan memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada pelaksanaan ISA.

Seterusnya baca : DISINI

50 AHLI NGO DEMONSTRASI SOKONG ISA DI KOMTAR


Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Walk, di sini bagi melahirkan sokongan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan forum Anti ISA di tempat yang sama, semalam.

Antara NGO menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi ialah Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Persatuan Peniaga Bazar Ramadan Jalan Penang.

Kumpulan itu memakai baju tertera perkataan ‘Yes To ISA’ (YA kepada ISA) dan membawa sepanduk tertulis, ‘Yes To ISA, Kami Nak Keamanan’ serta melaungkan slogan ‘Hidup ISA Untuk Kesejahteraan’, ‘Halau Pengkhianat’ dan ‘Hanya Pencuri dan Penyangak Takut ISA’.

Selepas berkumpul di pintu masuk KOMTAR Walk, kumpulan diketuai Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abd Jiman dan diiringi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan, berarak ke pentas di mana forum GMI diadakan sambil melaungkan sokongan kepada kerajaan agar tidak memansuhkan ISA

Sumber : DISINI

No comments: