Zainal Keling: Sejarahwan Ular Campur Belut
PROF Ibnu Keling, maaf Zainal Keling kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.
Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?
Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai Malaya tidak kena dijajah atau digoreng oleh British.
Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain. Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis? Penderhaka dalam konotasi dimaksudkan Zainal Keling itu sebagai komunis?
Apakah tidak timbul di sini British hanya berdiplomasi mencatatkan perkataan 'melindungi' bukan 'menjajah' untuk megabui Melayu dan cendekiwan Melayu bukan asli seperti Zainal? Orang kita mudah mati dan tersimpul dalam sihir bangsa lain apa lagi kalau orang Inggeris. Kita perlu sedar British adalah bangsa yang lebih awal tamadun dan cerdik daripada kita. Tahap diplomasi mereka juga tinggi manakala tahap IQ kita cukup rendah jadi mudah ditipu dan merasa kagum dengan perbuatan mereka.
Bagaimana pula hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Kenapa tidak disebut atau Prof Keling maaf Zainal Keling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu? Selama Malaysia menyambut hari Merdeka maka selama itulah pemerintah UBN mengikhtiraf bahawa negara ini dijajah oleh British.
Anihnya profeseor ini syok arif mengenai sejarah tetapi kenapa baru bercakap dan mendesak kita tidak perlu merasakan kita dijajah selama 400 tahun. Sepatutnya sebagai ahli akademi, ahli sejarahwan terkenal dan dirujuk menimbulkan ini sejak lama dulu. Tetapi apabila ia disenyapkan ini bermakna nilai atau mutu sejarah yang ada kepada profesor Ibnu Keling ini boleh dipertikaikan. Nilai sejarahnya double standard.
Saya nak ingatkan kalau kita hendak meneruni dan menjadi jaguh dalam satu-satu bidang kita jangan masuk sebelah kaki. Kedua belah kaki kita hendak berada atas tapak atau dasar sama. Jangan siang jadi belut malam jadi ular. Kalau sebelah kaki Zainal dalam Umno dan sebelah lagi dalam sejarah, maka apa-apa juga pendapat dan pandangan anda akan tetap pincang selamanya. Sejarah yang bertentangan dengan partinya akan disembunyikan. Sejarahwan demikian adalah sejarahwan munafik! Sejarahwan belut campur ular.
Mengenali anda dari kesempatan yang pernah ada, saya yakin kalau negara ini berubah anda, cara cakap anda juga akan berubah. Nescaya sebelah kaki anda akan terletak di dasar sebelah sini. Satu masa dulu anda kecam kerajaan pimpinan Abdullah tetapi hari ini anda sanjung kerajaan sama dipimpin Najib. Apakah kerana anda sudah mendapat habuan sebagai guru di UPSI? Begitulah dasar orang menggali sejarah dan politik dari lubang perut sendiri.
Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/
Prof Dr.Abdul Aziz Bari :Profesor Keliru, Kemudian Kelirukan Rakyat
Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.
Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.
British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).
British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.
Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.
Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.
Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.
Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.
Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.
Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.
Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).
Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.
Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.
Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?
Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah.
Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.
Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...
Sumber : Agen DSAI
Baca juga tulisan dan ulasan GB di SINI
Semakin seronok perkembangan politik Malaysia di ambang PRU ke-13. Masing-masing menjadi gila kerana hendak menegakkan benang basah demi untuk menyelamatkan UMNO yang semakin terpinggir.
Macam-macam mereka lakukan. Yang paling dashat ada usaha untuk memusingkan fakta bahawa Negara ini tidak pernah dijajah, hanya Negara naungan British. Naungan dan dijajah mungkin maknanya berlainan.
Malang, anak bangsa dari berbagai kaum dipaksa berlajar sejarah, semua buku teks sejarah dari Tadika sehingga ke U, semuanya mengandungi fakta Negara ini pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris (cuma Siam sahaja yang tidak pernah dijajah). Keliru menggelirukan-tua-muda-miskin-kaya.
Selepas ini, kayalah syarikat-syarikat buku yang dapat kontrak untuk mencetak buku teks sejarah Malaysia.
Mereka sudah kaya sekejab apabila kerajaan melaksanakan dasar Sains dan Matematik dalam BI. Kemudian, tukar pula ke dalam bahasa Melayu.
Hai …untunglah hidup dalam Negara ya. Rakyat marheain yang merempat tidak kerajaan yang mahu ambil punsing. Asyik-asyik menghisab dan makan kedarah darah rakyat.
No comments:
Post a Comment