Keadaan baru-baru ini nampaknya tidak memihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam komen mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, beliau jelas menunjukkan dia telah menjauhkan dirinya daripada anak didiknya. Beliau bersetuju dengan penemuan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan kedudukan populariti Najib menjunam 6 mata peratusan kepada 59% daripada 65% sejak tiga bulan yang lalu pada bulan Mei.
Reaksi Mahathir, walaupun kurang menyenangkan, adalah penting memandangkan ramai ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin BN mempertikaikan atau menolak tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre ini. Walaupun berusia 85 tahun, Mahathir masih merupakan broker kuasa yang masih bersuara dalam UMNO, parti politik terbesar yang telah memerintah secara autoritarian di Malaysia sejak 5 dekad yang lalu.
Tetapi Mahathir masih lagi berhati-hati dalam memberi komen. Dia lebih menyalahkan kejatuhan populariti Najib yang berusia 58 tahun itu atas kesilapannya menangani perhimpunan Bersih 9 Julai yang lalu. Dalam keadaan terdesak untuk menghentikan demonstrasi itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk memghalang gerakan untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan memberi kuasa kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju kuning iaitu warna Bersih.
" Datuk Seri Najib telah dipersalahkan tetapi saya tidak tahu apa yang Datuk Seri Najib fikir dengan melarang orang ramai dari memakai baju kuning. Saya tidak terfikir beliau akan memberitahu pihak polis agar menangkap sesiapa yang berbaju kuning. Hakikatnya orang-orang yang memakai baju kuning telah dilihat sebagai musuh. Ini adalah satu kesilapan kerajaan Malaysia dan sekaligus memberi imej buruk kepada kerajaan, "Malaysian Insider melaporkan kenyataan Mahathir pada hari Jumaat.
Sebab untuk menyalahkan Bersih
Tetapi sambil mengakui Bersih mencetuskan kejatuhan Najib, Mahathir terus menyalahkan gerakan untuk cuba untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan pimpinan UMNO-BN.
Ini adalah taktik pembawa bencana yang sama diterima pakai oleh Najib, dengan menggunakan tindakan kejam yang mendorong perasaan jelik terhadap pentadbiran dan kepimpinan beliau di seluruh negara serta seantero dunia.
Pada kemuncak penganiayaan Bersih, beberapa pemerhati berkata Najib mungkin rasa tercabar untuk menunjukkan bahwa dia boleh juga bermain kasar sperti Mahathir. Si mantan perdana menteri telah memerintah Malaysia dengan kuku besi selama 22 tahun dan pada masa itu, dia tidak ragu-ragu untuk melaksanakan undang-undang darurat sementara untuk menghapuskan serta memenjarakan saingan politiknya.
"Saya rasa bahawa Bersih berjaya mencapai misinya untuk menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tahu bahawa jika mereka melakukan demonstrasi, kerajaan akan meletakkan pasukan untuk mencegah mereka. Oleh kerana itu, imej kerajaan terjejas kerana adanya tindakan seperti melarang orang ramai dari memakai baju kuning dan sebagainya, "kata Mahathir.
Si Machiavelli Mahathir
Sambil mengakui pengaruh beliau dalam UMNO, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata Mahathir merupakan ikon masa lalu dan pandangan beliau tidak memberi banyak kesan kepada rakyat di Malaysia sekarang. Mereka tidak bersetuju dengan kritikan Mahathir terhadap Bersih dan percaya beliau pasti akan mengambil pendirian yang sama tegas seperti Najib, jika dia masih memegang kuasa kerana itu adalah gayanya.
"Mahathir boleh kata apa sahaja yang dia mahu. Bersih sudah berlalu dan Najib harus menelan pahitnya. Apa yang kita nampak adalah orang lama seperti Muhyiddin Yassin dan Mahathir memberi pendirian yang Bersih bukanlah suatu yang baik. Mereka terus menggalakkan Najib dan Hisham supaya bertegas dan kedua-dua sepupu itu telah mengambil tindakan yang keterlaluan. Tiada seorang pun di antara golongan elit UMNO menasihatkan Najib untuk berhenti dan tidak melampaui batas " Naib Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"Sekarang sang Machiavelli Mahathir berkata, kemerosotan dalam populariti adalah salah Najib sendiri. Namun demikian, Bersih tetap kotor dan patut kekal diharamkan. Dalam erti kata lain, tidak ada keperluan untuk reformasi pilihan raya. Bagi saya, ini adalah bercanggah dan ia adalah satu isyarat daripada UMNO bahawa ia bersetuju Najib perlu memberi laluan kepada Muhyiddin, tetapi membersihkan sistem pengundian, tidak sama sekali. "
Peralihan kepimpinan dalam UMNO tidak boleh dielakkan
Muhyiddin yang berusia 64 tahun, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran, sekarang berada di London untuk lawatan rasmi untuk 4 hari. Seorang ahli politik dari Johor, berprofil rendah, belum lagi mampu menawan hati rakyat Malaysia. Muhyiddin juga masih belum boleh memberi harapan kepada mereka. Begitu juga Najib.
Walaupun berbagai skandal besar melanda Najib dan isterinya Rosmah Mansor, namun ramai juga rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO akan terkilan untuk melihat berakhirnya era pasangan mewah ini. Dalam pada itu, mereka tidak juga mengharapkan pembaharuan kepimpinan dari Muhyiddin.
"Muhyiddin bukanlah nafas baru bagi kita. Namun demikian, dalam UMNO, beliau dilihat sebagai pilihan yang lebih stabil dan bukannya Najib yang telah meletakkan kepentingan sendiri dihadapan. Terdapat juga isu Rosmah yang menambah kepada kurangnya populariti itu," Eddie Lee, seorang veteran PKR, berkata kepada Malaysia Chronicle.
Bagi rakyat Malaysia, jika UMNO menang pilihanraya ke-13, mereka sudah tahu bahawa tidak akan ada apa-apa perubahan yang datang dari UMNO. Jadi, tidak kiralah jika penggantinya adalah Muhyiddin. Sekurang-kurangnya, imej Malaysia akan jadi lebih baik di mata dunia dan pembaziran dalam perbelanjaan dapat dikurangkan. Ramai juga yang merasakan bahawa Muhyiddin hanya akan menjadi perdana menteri untuk satu penggal sahaja jika UMNO memenangi pilihanraya nanti."
Sumber: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment