DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, September 17, 2011

NAJIB: SAYA TAK TAKUT HADAPI ANWAR IBRAHIM


Najib berkata beliau tidak keberatan jika perlu berdebat dengan Anwar

Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden.

“Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,” kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Terdahulu Najib berkata, inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.

Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

Dalam pada itu dipetik Bernama Online, Najib berkata BN Selangor berikrar untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang memenuhi harapan dan cita rasa rakyat Selangor jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Najib memberi pengharapan baru itu kepada rakyat Selangor yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada.

“Kita berazam dan bertekad sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya umum akan datang, kita akan lakukan yang terbaik di Selangor.

“Jika sayang negeri Selangor, yakinilah BN,” katanya ketika berucap pada rumah terbuka Aidilfitri BN Selangor di i-City di sini.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN perlu melihat semula keperluan sebenar rakyat Selangor bagi merangka satu manifesto khusus untuk negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Pertama kita lihat balik apa yang rakyat negeri Selangor nak sebab negeri Selangor negeri yang maju, keperluan rakyat bandar dan luar bandar adalah berbeza,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen BN Selangor di sini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata oleh itu, manifesto untuk BN Selangor tidak boleh dibuat secara “pukul rata” kerana keperluan rakyat atau para pengundi di bandar, separuh bandar dan luar bandar adalah berbeza.

Sumber : DISINI

Ulasan :

Ini satu kejutan.

Saya tidak percaya dan tidak yakin yang Najib berani berdebat dengan Anwar. Jangan lupa kisah himpunan BERSIH 2.0 dulu. Mula-mula ( KSN dan beratus orang pegawai di JPM menyaksikannya) membenarkan BERSIH 2.0 diadakan perhimpuan di mana-mana stadium yang dipilih, yang mereka suka, secara sinis beliau berkata ‘melalaklah’ sampai puas, hanya di jalanraya sahaja yang ia tidak benarkan atau tidak izinka kerana menganggu orang awam.

Tiba-tiba sahaja ia memputarkan jarum jam ke 360 darjah selepas Pengerusi BERSIH 2.0 jumpa YDPA dan BERSIH 2.0 sanggup buat perhimpunan dalam stadium. Stadium yang dipilih ialah Stadium Merdeka. Najib tidak benar sampai ke sudah, perhimpunan terpaksa diadakan juga di atas jalanraya yang menimbulkan banyak kontraversi dalam dan luar negeri.

Tidak usahlah cabar-mencabar. Sedarlah diri sedikit. Rakyat tahu siapa engkau. Engkau akan mencari seribu dalih untuk mengelak berdebat dengan Anwar.

Teruskanlah modus operandi seperti yang engkau buat sekarang. Lempar batu sembunyi tangan. Taburkan video seks Anwar ke seluruh Negara dan pastikan setiap rakyat (28 juta) tua-muda-kanak-kanak-remaja termasuk bayi diwajibkan memilikinya.

Jangan lupa kerahkan jentera kerajaan untuk laksanakan kerja-kerja ini. Tanggung beres!

Oh! Jangan lupa sebarkan juga video seks Mat Sabu, Haji Hadi, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan semua pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan dan juga negeri seperti Azizan Razak (Kedah), Khalid Ibrahim (Selangor), lebih-lebih lagi yang banyak cakap seperti Khalid Samad dan seumpama dengannya.

Perkara senang dan mudah. Ada duit semua boleh jalan.

No comments: