Dua wartawan Harakahdaily hari ini diambil keterangan oleh pihak polis ekoran penyiaran satu artikel berhubung isu Mat Indera.
Pengarang Azmi Yusof dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah disoal siasat berikutan artikel yang disiarkan 5 September lalu bertajuk "Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor".
Pegawai polis berpangkat ASP dan sarjan daripada balai polis Tun H.S Lee, Kuala Lumpur itu tiba di pejabat Harakahdaily kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Soal siasat bermula serentak terhadap kedua-dua mereka kira-kira jam 11.40 hingga 12.30 tengahari tadi.
Menurut pegawai polis tersebut, siasatan dilakukan ekoran satu laporan polis yang dibuat seorang individu di Balai Jalan Tun HS Lee terhadap Harakahdaily yang mendakwa artikel yang disiarkan tersebut palsu dan berunsur fitnah.
Artikel tersebut, antara lain memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat sebagai berkata Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera adalah pengkhianat bangsa.
Sedangkan kata Suhaizan, buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa.
Selain itu artikel tersebut juga turut memetik rencana berkaitan Mat Indera dalam buku tersebut yang berbunyi:
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong "tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina".
Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
"Polis mahu menyiasat sumber berita berkenaan, dan kita beri kerjasama sepenuhnya kepada mereka.
"Kami juga memberikan beberapa salinan, sumber berkaitan yang kami gunakan dalam berita itu," kata Azmi.
Polis juga bertanyakan sama ada fakta tersebut ditokok tambah, direka-reka atau dibuat berdasarkan kesimpulan sendiri.
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
Siasat-menyiasat adalah kerja polis, begitu juga tangkap-menangkap juga kerja polis termasuk pukul-memukul, sepak-terajang-tendang (sama ada di dalam lokap (beberapa orang sudah pun menemui maut telah menjadi pengetahuan umum) atau di tengah-tengah padang atau jalan raya ketika rakyat berdemontrasi), ancam-mengancam, melepas gas pemedih mata dan water canon juga merupakan sebahagian daripada tugas-tugas PDRM.
Kita tidak mempersoalkan tugas dan bidang kuasa polis. Biarlah mereka lakukan dengan sukahati mempertahankan sebuah kerajaan yang paling korup dan maha zalim di dunia masa kini.
Tetapi, apa yang kita persoalkan ialah kenapa senyap apabila pihak lain membuat laporan (kadang-kadang disertakan dengan bukti-bukti sekali) tidak sembrono macam babi dan anjing-anjing dalam UMNO dan golongan yang bersekongkol dengannya.
Adakah pihak polis menyiasat laporan yang dibuat merupakan ugutan membunuh dan mencederakan keluarga Anwar?
Adakah pihak polis menyiasat kes memyimbah cat merah dan kemudian membakar bangunan DAP di Pulau Pinang?
Adakah pihak polis menyiasat dakwaan bersiri yang dibuat Datuk Mat Zin Ibrahim SAC II G/5776(Retired) menulis surat Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
Pendedahan Datuk Mat Zin Ibrahim: December 11, 2010
Pendedahan Datuk Mat Zin Ibrahim :January 5, 2011
Pendedahan Datuk Mat Zin Ibrahim :March 28, 2011
Pendedahan Datuk Mat Zin Ibrahim :12 September 2011 (terbaru)
Datuk Mat Zin Ibrahim juga menyatakan pihak polis patut mengambail tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah di bawah seksyen 295 kanun keseksaan kerana memakai jaket kalis peluru ketika mengangkat sumpah laknat di sebuah masjid baru-baru ini kerana ia bertujuan menimbulkan kekecohan.
Tetapi, sebaliknya kes Mat Sabu yang menimbulkan isu Mat Indera, Mat Sabu segera disiasat di bawah seksyen 505 kononnya membuat kenyataan yang mengemparkan masyarakat dan kertas siasatan itu berada di tangan Ghani Pataai, manusia paling durjana bertungkus-lumus dan bermati-matian mempertahankan regim kurop ini yang sekarang tengah berfikir sakan macam-macam-macam mana hendak sabitkan Mat Sabu bersalah dan dihukum supaya tidak dapat ligat lagi. Gempar macam mana kita tidak tahulah. Kalau ikut trend pada masa kini (dan masa akan datang pastinya), UMNO telah dan akan mengerakkan seluruh babi-babi dan anjing-anjing peliharaannya untuk membuat laporan polis seluruh Negara (macam kes DNA Anwar dan BERSIH 2.0). Mungkin ini yang menyebabkan pihak polis berpendapat ‘isu mengemparkan’ terus disiasat.
Lihat pula isu ini : Laporan polis Anwar Ibrahim terhadap KPN, 1 Julai 2008
Kes Ezam mengancam hendak bakar pejabat Malaysiakini pun disenyapkan. Beza sekali ketika Ezam dalam pembangkang dulu. Sebut sahaja hendak adakan demontrasi dan disiarkan akhbar sudah ditangkap dan disoalsiasat. Sekarang Ezam bebas bercakap apa saja yang terlintas di kepalanya. Beliau tidak akan ditangkap dan disiasat seperti dulu-dulu lagi.
Dan…..dan….dan……banyak lagilah laporan-laporan yang dibuat oleh PAS,PKR dan DAP, pihak buat tidak pandang pun….dan ini tidak termasuk halangan pihak polis atas arahan para pemimpin UMNO untuk menghalang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, terutama jika ceramah itu disertai Anwar.
Kesimpulannya, janganlah marah, ugut rakyat, ancam rakyat dan tahan serta tangkap rakyat untuk disiasat bagi menakut-nakutkannya (seperti kejadian-kejadian yang sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 lalu) kini, rakyat bertambah benci dan meluat tenguk polis. Situasi ini tidak eluk untuk Negara dan rakyat.
Persepsi rakyat : Polis bukan berkerja untuk rakyat, tetapi berkerja untuk mempertahankan UMNO dengan apa cara sekali pun dan berapa kosnya pun sanggup mereka bayar demi kerana mu UMNO (sebab itu semua bangunan pasukan polis diwarnakan BIRU GELAP-lambang bendera BN)
Janganlah marah kalau rakyat samakan pasukan polis sebaris dengan Jabatan Iblis Selangor (JAIS dan MUIS) merupakan ANJING peliharaan UMNO. Kata-kata ini tidak sedap didengar, tetapi itulah realitinya sekarang yang wajar pihak polis berfikir. Hanya babi dan anjing-anjing UMNO sahaja yang menyanjung intergriti pasukan polis kerana ia dilihat menyokong mereka. Sekiranya tidak, pasukan polis juga turut menerima hinaan dari kelompok babi dan anjing-anjing ini. Sebenarnya pasukan polis berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kembalilah ke pangkal jalan. Di Malaysia, reality tersebut tidak wujud.
Banyak dalil-dalilnya yang rakyat berpendapat sedemikian, renung sejenak apa tindakan polis untuk memberhentikan penyebaran video lucah yang kononnya menyerupai Anwar (pegawai kanan polis turut terlibat berkempen), bandingkan tindakan pantas polis untuk menyekat penyebaran video lucah betul-betul dilakonkan oleh Presiden MCA, Dr Chua Soh Lek. Ini merupakan sebentuk ketidakadilan yang wujud dalam situasi yang sama. Bezanya, Anwar disebelah pembangkang, Chua di sebelah UMNO (BN-MCA).
No comments:
Post a Comment