DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, September 21, 2011

MALU BER’PM’KAN NAJIB SEORANG PENAKUT DAN DAYUS

Najib, Rosmah mohon ketepi sepina jadi saksi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang oleh empat peguam kanan yang mewakili mereka.

Salehuddin Saidin (kiri), antara empat peguam yang bertindak bagi pihak Najib dan Rosmah mengesahkan permohonan telah difailkan tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Cukup setakat ini bagi dikatakan bahawa kami telah failkan permohonan untuk mengketepikan sepina bagi pihakDatuk Seri Najib dan isterinya,” katanya kepada wartawan.

Apabila diasak wartawan untuk butiran lanjut, Salehuddin berkata beliau hanya boleh mendedahkan maklumat sebaik salinan permohonan itu daripada Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada peguambela Anwar.

Salehuddin, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya juga memberitahu timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi telah menetapkan esok bagi semua pihak hadir di mahkamah bagi menentukan tariikh bagi mendengar permohonan itu.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Tindakan Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

Sikap ini menunjukkan Najib seorang lelaki ‘dayus’. Penakut. Pepatah Melayu ada mengatakan : “Berani kerana benat, takut kerana bersalah”.

Itulah yang menyebabkan Pak Samad merayukan kepada seluruh rakyat Malaysia menyahkan ‘golongan bangsawan’ yang takut menghadapi lawan untuk hujah lawan hujah. Tidak berani berdepan. Masuk dalam gelangang. Lawan secara anak jantan. Jangan bermain ditepian gelangang gunakan kuasa untuk mendewa-dewakan diri sendiri.

Hendak tunjuk berani kononnya rela berdebat dengan Anwar. Awal-awal lagi sudah bungkus.

No comments: