DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 8, 2011

MAIS LARANG KHALID SAMAD MENGAJAR AGAMA DI S'GOR

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama, demikian menurut satu kenyataan MAIS hari ini.

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," katanya.

Oleh itu, MAIS mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

JAIS pada 6 September lalu dilaporkan memutuskan mendakwa Khalid kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Beliau dipanggil ke pejabat Jais pada hari itu dan dinyatakan pendakwaan. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini di Mahkamah Syariah Klang.

Khalid kaitkan dengan BN

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya berhubung alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan JAIS itu dipengaruhi sikap MAIS dan campurtangan Umno dan BN.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Khalid juga menunjukkan gambar "bukti" yang didakwa menunjukkan Mohd Adzib menyokong BN.

Antara yang didedahkan gambar Mohd Adzib bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dalam majlis dalam perkarangan masjid ketika pilihan raya parlimen itu.

Dalam gambar tersebut, Kamalanathan memakai baju yang mempunyai logo BN.

"Saya minta dia (Mohd Adzib) jawab," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Kalau hendak dikira kelayakan Sultan-sultan atau pun Raja-raja yang terdapat di Malaysia (mungkin tidak termasuk Sultan Terangganu atau Kelantan) kalau ikut merit, mereka tidak layak langsung untuk jaga Agama kerana sudah diketahui umum bahawa kehidupan mereka layari penuh dengan liku-liku yang menyimpang dari ajaran Islam.

Jadi tidak payahlah bersusah payah Khalid. Di mana-mana bumi Allah ini yang boleh dipijak dan langit dijunjung, berdakwah boleh dilakukan tanpa mengira tempat. Bukan setakat di masjid dan surau sahaja. Itu untuk orang yang sudah baik.

Berdakwahlah kepada orang-orang yang belum jadi baik lagi.

Lagi pun semua orang tahu JAIS =Jabatan Iblis-setan Selangor dari dulu lagi adalah mendokong UMNO. SUK Selangor dulu tu adalah hulubalang UMNO, tapi akhirnya UMNO terjunam juga.

Berita terbaru yang dibawa oleh Khalid, Pengarah Jabatan Iblis-setan Selangor turut terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

No comments: