DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 8, 2011

INI DIA KATA-KATA ORANG GILA BABI-HANYA GIMIK POLITIK PILIHAN RAYA

Marahkan Mat Sabu, 50 Ahli PAS keluar Parti..

PERCAYAKAH ANDA?

Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap dilapor bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini.


Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.

Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.

Sumber : DISINI

2 comments:

Amuraria said...

KAHKAHKAH DEPA SEDIA DI PAWAH KAN !

Tun_Telanai said...

Untuk semua pembaca blog ini, setelah siasatan dilakukan adalah didapati mereka ini bukan ahli pas.Mereka adalah kumpulan mereka sendiri yang berlakon masuk umno hendak menunjukkan orang Melayu telah menolak pas. Mereka sebenarnya tidak berparti.

Berdasarkan alasan yang kumpulan ini berikan tidak masuk akal bagi orang-orang yang celik.