DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, September 20, 2011

BEKAS ANGGOTA KAGAT DEDAH TEMBELANG JAMIL KHIR

Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk menulis artikel ini. Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.

Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya. Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya. Untuik mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.

Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan. Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.

Kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan. Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.

Sumber : DISINI

3 comments:

Anonymous said...

kenapa lah ustaz sampai mcm tu sekali menuduh ustaz jamil khir,apakah dendam lama sebabkan luka lama berdarah kembali,kenapa ust yg dh bersara melemparkan tuduhan2 tak berasas kerana dendam atau benar-benar ikhlas.apakah ust tak takut Allah dan balasan akhirat sampai begitu keji sekali ust tuduh penama2 tsb....ingatlah suka atau tak suka kita akan tinggalkan duni ayg fana ini,sy pun bekas tentera tapi apapun kelemahan dalaman jgnlah sampai kita citer dalam kelambu pun nak dedahkan,setiap pemimpin ada kelemahannya tapi yg saya baca diatas ini sudah pasti fitnah yg keji tanpa usul periksa semata-mata agenda puak2 tertentu nak jatuhkan imej ust jamil khir yg lantang bersuara dan mendapat hati dikalangna rakyat jelata khususnya orang islam.hujah2 beliau begitu bernas dan disampaikan secara santai tanpa teks serta kehebatan beliau berpidato mengerunkan musuh2 politik beliau.Apakah ust diupah untuk memfitnah ustaz jamil khir?ingatlah ust kalau fitnah yg dilemparkan tidak betul akan ditimpa pada diri yg pembuat fitnah,inat kat dunia Allah akan balasnya,sekian semoga kita ambil iktibar peristiwa yg allah rakamkan dalam alquran,.....

Anonymous said...

akhir zaman akan ada ulama yang digelar akan jual agama nya tak caya tengok le kalau takat ceramahnya tapi tak terasa kat hati buat apamenda mu ada tengok camna tanda almalik faisal mati mu ada tengok pak hamka bagi ceramah yang ada gua tengok kat tv sohaib webb boleh le tahan juga tak jau lu banding pok nik aziz dgn jamil khir masyallah jauh beza rumah jamil khir pun cukup jadi fitnah lau kan bainana

Tun_Telanai said...

Saya hargai pandangan saudara-saudara. Tapi, lihatlah curak kehiduap Jamil Khir-apa yang dia ucapkan dan apa yang dia lakukan. Semuanya putar alam demi kedudukan dan kekayaan.

Adakah ini ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw?