Esuk 31 Ogos, hari kemerdekaan yang ke-54. Tahun ini sambutan hari kemerdekaan ditangguhkan sempena sambutan hari raya aidil fitri dan di bawa ke tarikh 16 September disambut serentak dengan hari Malaysia. Sambutan hari kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun tidak membawa apa-apa makna terhadap kehidupan rakyat jelata yang ditekan dengan kenaikan kos belanja hidup yang terus melambung. Rakyat bertambah miskin dalam Negara yang PM dan isterinya (dan bajing-bajingan disekelilingnya) bermewah-mewahan berbelanja menggunakan harta rakyat (sampai menghadiri konvokesyen anak dan merisik menantu pun menggunakan duit rakyat (serampang dua mata-sambil menyelam minum air) tanpa memperdulikan keperitan kehidupan rakyat.
Sehari dua ini dunia dihebohkan oleh media-media setan-iblis milik UMNO laknatullah dan aksi golongan BABI dan ANJING dalam UMNO mengekploitasikan dan memanipulasikan isu tersebut kononnya dalam satu ceramah di Pulau Pinang, Mat Sabu ada menyebut bahawa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai dalam Peristewa Bukit Kepong adalah pencacai penjajah Inggeris (Sumber : Harakahdaily). Kemudian Mat sabu menafikan apa yang dilaporkan oleh akhbar Setan itu dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.
Dalam isu ini, bertambah-tambah lagi selepas kita semua baharu selesai menjalani ibadah berpuasa dan kini sibuk pula menyambut perayaan aidil fitri dengan rumah terbuka sana-sini, kita amat simpati terhadap waris-waris yang masih hidup daripada kalangan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mati terbunuh dalam peristewa tersebut. Semoga Allah swt menghimpunkan mereka dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayah dan mendapat keampunan daripada Allah swt.
Berbalik kepada isu sebenar, memang ketika itu mereka bertugas sebagai mata-mata (bukan polis) dalam kerajaan penjajahan Inggeris yang sedang menjajah bumi ini dan termasuk sebahagian besar dunia turut dijajah oleh bangsa Eropah. Dalam konteks ini, orang ramai boleh membuat dua tafsiran. Pertama, kerana pada ketika itu kerajaan seperti sekarang belum wujud lagi (yang diperintah oleh UMNO dan dipimpin oleh Dato’ Onn atau Tunku Abdul Rahman atau sebagainya, ia baru dalam keadaan di ambang menuntut kemerdekaan selepas dijajah oleh bangsa Eropah selama hampir 500 tahun selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka) bumi ini ketika itu dijajah oleh penjajah Inggeris (Belanda dan Portugis juga pernah menjajah bumi ini), maka tidak menjadi kesalahan sekiranya ada rakyat berpendapat mereka bukan pejuang atau wira kerana mereka berjuang (berkhidmat/berkerja) dengan kerajaan Inggeris untuk mempertahankan pemerintahan dan kepentingan Inggeris di bumi ini.
Sebaliknya Muhammad Indera dan lain-lain itu dianggap sebagai pejuang atau wira kerana mereka berjuang menentang Inggeris dari terus-menerus menjajah bumi ini. Inggeris memeras tenaga rakyat dan mengaut segala hasil mahsul kekayaan bumi ini dan di bawa balik ke England. Salahkah sebahagian rakyat berpendapat sedemikian? Telah menjadi amalan atau budaya dalam UMNO celaka ini dengan sesuka hati melebelkan individu atau golongan tertentu sebagai ‘pengkianat’ sekiranya pendekatan atau fahaman yang dibawa oleh individu atau golongan yang tidak sealiran dengannya. Oleh sebab itu, semua individu (yang tidak sehaluan dengannya dan yang tidak menyokong Inggeris) yang terlibat menentang penjajahan Inggeris dianggap ‘pengkianat’ seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan lain-lainya.
Tafsiran kedua, rakyat juga berhak berpendapat bahawa 25 anggota polis yang diserang oleh kumpulan Muhammad Indera adalah pejuang atau wira Negara ini sekiranya UMNO laknatullah itu menganggap bahawa kerajaan Inggeris yang ada pada masa itu dianggap sebagai kerajaan UMNO dan UMNO (walau pun baru wujud dalam tahun 1946 kerana kewujudannya dalah untuk menentang penubuhan Malayan Union) mengiktiraf Inggeris sebagai kerajaan Malaya itu adalah sah dan diterima oleh seluruh rakyat, maka betullah mereka itu adalah wira kerana berjunag mempertahankan kerajaan yang dipimpin konon-kononnya oleh rakyat negara ini (rakyat atau pegawai Inggeris yang mentadbir Negara ketika itu membawa maksud sebagai kerajaan atau rakyat atau pegawai negara ini). Oleh itu tepatlah mereka digelar sebagai wira. Walau bagaimana pun, rakyat mempunyai pandangan tersendiri dalam isu ini.
Adalah benar Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan pejuang sebenar dalam usaha menentang Inggeris kerana mereka adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Inggeris yang mendapat pendidikan Inggeris dan berkhidmat dan berkerja untuk Inggeris. Walau bagaimana pun, jasa mereka berdua adalah amat besar dan tidak boleh dilupakan kerana dengan kepintaran yang ada pada mereka (tidak mudah diperbodohkan oleh Inggeris) mereka berusaha dengan cara mereka sendiri demi kepentingan rakyat dan negara merentas kemerdekaaan yang kita nikmati sekarang. Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt.
Yang menjadi masalah kerana UMNO laknatullah ini menyembunyikan segala fakta yang benar bagi membuktikan yang ia yang jaguh menentang Inggeris menuntut kemerdekaan dan menafikan peranan dan sumbangan orang lain. Rakyat Malaysia dipaksa supaya faham bahawa UMNO sahaja yang berjuang menentang penjajah. Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan sukar diketahui kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadamkan dari buku-buku sejarah asal oleh dasar UMNO laknatullah ini yang mahu seluruh rakyat sujud padanya. UMNO seperti tuhan. Sikap BABI inilah terus dipegang dan di bawa oleh UMNO laknatullah ini sampai sekarang. Dia yang betul, semua orang salah.Dia yang bersih, orang lain semua kotor. UMNO betul-betul BABI-SETAN laknatullah.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.
Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd Taha-UMNO celaka ini wujud 1946)
Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy.
Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.
Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.
Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah Inggeris ketika itu. Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya :
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
9.Kesatuan Opera Melayu.
10.Persatuan Pemandu Teksi.
11.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP UMNO, Onn Jaafar.
12.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya. Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) UMNO, Dato' Onn Jaafar.
British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang. Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.
Kesimpulannya, sambutan kemerdekaan saban tahun sudah menjadi perayaan UMNO tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan. Oleh sebab itulah sambutan kemerdekaan negara setiap tahun tidak mendapat sambutan dari rakyat jelata. Sambutan paling hambar kerana rakyat sedar tentang sikap BABI UMNO dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan UMNO yang diiktiraf oleh penjajah.
No comments:
Post a Comment