BERSIH 2.0: Hantar kami bukti keganasan polis
“Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan,” kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat.
Aduan boleh dibuat dengan memberi maklumat di borangdi dalam talian dan dihantar menerusi email kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978. BERSIH 2.0 juga meminta peserta menghantar gambar dan video kejadian-kejadian berikut:
- Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad
- Penangkapan Muhammad Sabu
- Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
- Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
- Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin
Sumber : Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment